• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika, Prestasi Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) —  Indeks utama Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini tinggi sedikit sebelum bergerak rendah kemudiannya, mengambil petunjuk bercampur-campur daripada prestasi semalaman Wall Street berikutan kebimbangan terhadap ekonomi yang tidak menentu, kata seorang penganalisis.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.42 mata kepada 1,427.13 daripada penutupan semalam pada paras 1,429.55.

Indeks utama dibuka 1.77 mata lebih tinggi pada 1,431.32.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 165 berbalas 138, manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,669 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 224.34 juta unit bernilai RM83.04 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mengakhiri dagangan bercampur-campur apabila peniaga tidak lagi tertumpu pada saham pertumbuhan berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang semakin perlahan seperti yang ditunjukkan oleh pasaran pekerjaan yang semakin berkurangan.

Di pasaran tempatan, beliau berkata sentimen keseluruhan dijangka kekal berhati-hati berikutan kebimbangan ketidaktentuan pasaran.

Bagaimanapun, indeks utama nampaknya disokong dengan baik pada tahap semasa.

“Kami menjangkakan indeks akan berlegar di sekitar julat 1,425-1,435 hari ini kerana pengumpulan pada kaunter tenaga dan telekomunikasi diunjur berlaku,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM8.64 dan RM4, Petronas Chemicals turun lima sen untuk mencatatkan harga RM7.20 manakala CIMB dan TNB tidak berubah, masing-masing pada RM5.31 dan RM9.26.

Bagi saham aktif, Fitters kekal pada 7.5 sen,  Vinvest menambah setengah sen kepada 21 sen manakala Tanco susut 3.5 sen kepada 47 sen dan Jade Marvel lemah setengah sen kepada 31 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 13.41 mata kepada 10,476.05, Indeks FBMT 100 menguncup 12.60 mata menjadi 10,160.94 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 12.49 mata kepada 10,779.58.

Indeks FBM ACE turun 39.08 mata kepada 5,298.10 manakala Indeks FBM 70 naik 2.37 mata kepada 13,635.66.

Mengikut  sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 8.97 mata kepada 15,783.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.61 mata kepada 172.15, Indeks Perladangan susut 2.06 mata kepada 6,729.63 dan Indeks Tenaga menguncup 1.97 mata kepada 867.2.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In