• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 April  (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street selepas harga minyak mentah melonjak tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.96 mata kepada 1,426.65 daripada 1,429.61 penutup semalam

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka pada paras 1,429.29, turun 0.32 mata.

Pergerakah harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 202 berbalas 179, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,592 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 437.74 juta unit bernilai RM183.18 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah apabila kebimbangan berkenaan inflasi muncul semula di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.

Di pasaran tempatan, beliau berkata bursa tempatan dijangka lemah berikutan sentimen bercampur-campur, dengan indeks berlegar dalam julat 1,425-1,435.

“Saham perladangan mungkin menjadi tumpuan hari ini memandangkan harga minyak sawit mentah telah melantun semula ke paras tertinggi dua minggu pada hampir RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.63, Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB kesemuanya susut satu sen, masing-masing mencatatkan RM3.99, RM7.21 dan RM5.32, manakala TNB turun empat sen menjadi RM9.21 .

Bagi saham aktif, Revenue peroleh dua sen kepada 27.5 sen, Jade Marvel naik setengah sen kepada 31.5 sen, Pesona Metro menambah satu sen menjadi 24 sen dan Cypark susut 3.5 sen kepada 81 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 12.40 mata kepada 10,480.23, Indeks FBMT 100 kerugian 11.34 mata kepada 10,164.66 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 4.20 mata kepada 10,790.41.

Indeks FBM 70 meraih 25.15 mata kepada 13,670.73 dan Indeks FBM ACE turun 11.39 mata kepada 5,318.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 24.04 mata kepada 15,755.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.38 mata kepada 172.78, Indeks Perladangan mengukuh 26.44 mata kepada 6,734.02 dan Indeks Tenaga merosot 2.88 mata kepada 872.82.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIHarga minyakRakuten TradeWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In