• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur semalaman di Wall Street  berikutan lonjakan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.97 mata kepada 1,432.42 daripada penutupan semalam pada 1,433.39

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka 1.15 mata lebih rendah pada 1,432.24.

Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 222 berbalas 124, manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,635 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 311.29 juta unit bernilai RM115.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan mungkin menjangkakan beberapa pembetulan berlaku sekali sekala di tengah-tengah peningkatan prestasi dalam pasaran serantau.

“Kami mengunjurkan indeks berlegar antara 1,430 dan 1,440. Saham minyak dan gas sepatutnya kembali menjadi tumpuan berikutan lonjakan harga minyak mentah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.65, Public Bank naik satu sen kepada RM4.01, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM7.24 dan CIMB turun satu sen menjadi RM5.29.

Bagi saham aktif, Fitters turun setengah sen kepada 7.5 sen, Reach Energy susut 2.5 sen kepada lima sen, Pesona Metro naik setengah sen kepada 25 sen dan Computer Forms menambah satu sen kepada 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.43 mata kepada 10,504.89, Indeks FBMT 100 menokok 2.21 mata kepada 10,191.46 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 4.27 mata kepada 10,815.95.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 40.65 mata kepada 13,646.81 dan Indeks FBM ACE meningkat 25.19 mata kepada 5,337.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 2.22 mata kepada 15,802.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.26 mata kepada 173.32, Indeks Perladangan mengukuh 9.68 mata kepada 6,788.92 dan Indeks Tenaga meningkat 0.56 mata kepada 866.32.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIHarga minyakRakuten TradeWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In