Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula tahun hadapan.
Bagi sesiapa yang tidak tahu apakah peranan Puspakom, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.
Bahagian kenderaan yang diperiksa di Puspakom adalah seperti gambar rajah di bawah.
Ditubuhkan pada tahun 1994, Puspakom adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.
DRB-Hicom mempunyai pelbagai segmen perniagaan antaranya adalah aeroangkasa & pertahanan, automotif, perbankan, perkhidmatan penghantaran, hartanah, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dan pendidikan.
Walaubagaimanapun, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tidak timbul isu keputusan dibuat tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan penyedia tunggal perkhidmatan itu.
Hal ini kerana keputusan untuk menghentikan monopoli dan membuka persaingan dalam perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor sudah dibincangkan bersama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di bawah DRB-HICOM.
Tonton: [VIDEO] Keputusan henti monopoli : DRB, PUSPAKOM sudah bincang
Adakah Ia Akan Berkuat Kuasa Serta Merta?
Ramai yang terkejut dengan berita tersebut. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Sebenarnya perkara ini hanya akan berkuat kuasa bermula 1 September 2024 setelah perjanjian konsesi Puspakom tamat pada 31 Ogos 2024.
Tiada apa yang perlu dirisaukan orang ramai kerana masih ada lebih dari setahun sebelum monopoli Puspakom berakhir dan malah Puspakom sebenarnya masih lagi akan meneruskan fungsinya.
Proses pelawaan kepada syarikat swasta yang berminat akan bermula suku pertama 2024.
Kenapa Puspakom Bakal Bukan Lagi Penyedia Tunggal Perkhidmatatan Pemeriksaan Kenderaan Motor JPJ?
Jawapan bagi soalan di atas adalah supaya:
- Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dapat dibuka kepada pihak berkelayakan
- Wujud persekitaran perkhidmatan berdaya saing
- Memudahkan orang ramai dengan tidak perlu menunggu lama untuk pemeriksaan
- Selesai masalah cawangan Puspakom terhad di sesetengah kawasan
Kesan Kepada DRB-Hicom
Keputusan ini sebenarnya tidaklah akan memberikan impak yang besar kepada DRB-Hicom kerana seperti yang semua orang tahu, DRB-Hicom mempunyai banyak segmen perniagaan dan segmen perkhidmatan ini hanyalah salah satu daripadanya. Segmen-segmen lain turut menyumbang kepada pendapatan DRB-Hicom dengan baik.
Di samping itu, Puspakom masih lagi menjadi penyedia perkhidmatan tunggal sehingga 31 Ogos 2024.
Tambahan pula, perjanjian konsesi Puspakom akan dilanjutkan 15 tahun lagi. Maka, selepas Ogos 2024 sekalipun Puspakom masih lagi akan meneruskan servis ini dan tiada apa yang pelabur perlu panik.
Keputusan itu mengambil kira bahawa pusat tersebut telah menjalankan fungsi pemeriksaan bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.
Baca: Perjanjian konsesi Puspakom dilanjutkan 15 tahun lagi, perlu lakukan tambah baik
Kesimpulannya sebagai pengguna, kita semua berharap agar perkhidmatan yang akan diberikan oleh penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang akan dilantik nanti turut dapat memberikan servis yang berkualiti.
Tidak akan ada lagi soal monopoli oleh hanya sebuah syarikat dalam perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna khususnya rakyat Malaysia. Dengan langkah ini, semoga kita sebagai pengguna dapat melihat peningkatan kualiti dalam perkhidmatan yang diberikan.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




