• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Prestasi Menggalakkan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman Wall Street yang berterusan di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.49 mata kepada 1,429.08 daripada 1,422.59 penutup urus niaga Jumaat.

Indeks utama mengukuh 4.18 mata pada sesi pembukaan untuk mencapai paras 1,426.77.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 295 berbalas 90, manakala 219 kaunter tidak berubah, 1,622 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 235.62 juta unit bernilai RM93.95 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka pulih dengan mengunjurkan prospek yang lebih cerah selepas Malaysia memperoleh komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion daripada China.

“Dengan China bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu bersama Malaysia, sektor yang akan mendapat manfaat daripada pelaburan itu adalah seperti  pembinaan, bahan binaan, teknologi hijau dan automotif,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik 15 sen kepada RM7.22, MR DIY menambah enam sen kepada RM1.61, MISC meningkat 10 sen kepada RM7.32, Press Metal menokok lima sen kepada RM4.92 dan Hong Leong Bank peroleh 18 sen kepada RM20.40.

Bagi saham aktif, MMAG dan Velesto Energy masing-masing kekal pada dua sen dan 21 sen, Hibiscus Petroleum meningkat tujuh sen kepada RM1.06 dan Perdana Petroleum menokok satu sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 47.36 mata kepada 10,466.99, Indeks FBMT 100 naik 46.53 mata kepada 10,160.56 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 50.58 mata kepada 10,767.01.

Indeks FBM 70 mengukuh 63.73 mata kepada 13,576.11 dan Indeks FBM ACE meningkat 23.64 mata kepada 5,250.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 74.03 mata kepada 15,782.73, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.55 mata kepada 172.63, Indeks Perladangan mengukuh 31.36 mata kepada 6,772.64 dan Indeks Tenaga meningkat 21.74 mata kepada 858.55.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiespelaburanWall Street
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In