KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Anak syarikat tidak langsung Tanco Holdings Bhd, Tanco Builders Sdn Bhd, memperoleh kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja subgred berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur bernilai RM43.37 juta daripada China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan tersebut berkata kontrak itu akan membolehkan kumpulan mengembangkan dan mengukuhkan segmen pembinaannya.
Menurut syarikat berkenaan, kontrak tersebut, bersama-sama dengan subkontrak berkaitan kerja yang terlibat, dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan.
— BERNAMA




