• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

PTT Synergy Ambil Alih Semua Kepentingan Pembinaan Tetap Teguh Pada RM152 Juta

in Catalyst
A A
PTT Synergy Ambil Alih Semua Kepentingan Pembinaan Tetap Teguh Pada RM152 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — PTT Synergy Group Bhd telah memeterai perjanjian jualan saham bersyarat membabitkan cadangan pengambilalihan 25 juta saham biasa dalam Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTTSB) yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti pada jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM152.0 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PTT Synergy berkata cadangan pembelian dengan vendor-vendor iaitu Teo Swee Phin, Teo Swee Leng dan Faddly Nordin akan dibuat menerusi pertimbangan tunai berjumlah RM62.0 juta dan 81,081,081 saham biasa baharu dalam PTT pada harga terbitan RM1.11 sesaham.

Pengambilalihan itu dijangka selesai menjelang separuh kedua 2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Cadangan pengambilalihan itu membabitkan PTTSB yang turut terlibat dalam perniagaan pembinaan yang memaparkan pelaburan strategik. Ini juga dibuat selaras dengan objektif serta strategi kumpulan bagi mengembangkan lagi perniagaan pembinaan,” katanya.

Apabila cadangan pengambilalihan itu selesai, PTT Synergy berkata kumpulan PTT dapat memanfaatkan kekuatan PTTSB dari segi pasukan pengurusannya, sumber dan kepakaran bagi terus memperkukuh perolehan kontrak pembinaan kumpulan selain kedudukan kewangan dan prospeknya.

“Ini turut memberi peluang kepada kumpulan untuk meningkatkan saluran pendapatan yang dijangka dapat mengukuhkan prestasi kewangan bagi tempoh dua tahun kewangan seterusnya daripada kumpulan PTT,” katanya.

PTT Synergy berkata penyertaan PTTSB akan membolehkan kumpulan meningkatkan pendapatan dan pertumbuhan di masa depan, sejajar dengan keadaan segmen pembinaan pada 2021 dan 2022 serta jangkaan pemulihan di bawah subsektor kejuruteraan awam dalam masa akan datang.

“Bagi kemajuan masa depan, PTTSB akan terus menekankan kekuatannya sebagai kontraktor kejuruteraan awam dengan kepakaran dalam kerja-kerja tanah dan projek prasarana,” katanya.

— BERNAMA

Tags: cadanganPembinaan Tetap TeguhpengambilalihanPTT Synergy Group Bhd
Share299ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In