Shah Alam, Khamis, 16 Mac 2023 Top Glove Corporation Bhd atau “Top Glove” hari ini mengumumkan keputusan kewangannya bagi Suku Kedua berakhir pada 28 Februari 2023 (2STK2023), gigih mengharungi persekitaran yang mencabar dan mengekalkan pandangan jangka panjang yang positif.
Bagi 2STK2023, keputusan Kumpulan sebahagian besarnya mendatar berbanding 1STK2023, dengan Pendapatan Jualan berjumlah RM618 juta, dan Kerugian Selepas Cukai berjumlah RM155 juta, manakala Volum Jualan (Kuantiti Dijual) menunjukkan penambahbaikan berbanding dengan suku tahunan yang lepas.
Bagi separuh pertama Tahun Kewangan 2023, Pendapatan Jualan berjumlah RM1.25 bilion, sementara Kerugian Selepas Cukai adalah RM313 juta.
Prestasi kewangan Kumpulan terus terjejas oleh angin sakal yang membebankan industri sarung tangan. Aktiviti menyahstock berterusan, didorong inventori pelanggan yang berlebihan, menyebabkan pesanan yang lebih rendah. Faktor lain yang memburukkan lagi keadaan ialah situasi lebihan bekalan sarung tangan yang berterusan, digabungkan dengan kekurangan pendesakan bagi pelanggan untuk membuat pesanan, memandangkan masa penghantaran yang lebih singkat timbul daripada penggunaan pengeluaran yang lebih rendah. Tambahan pula, peningkatan kos pengeluaran yang tidak dapat dikongsikan dengan pelanggan disebabkan oleh harga jualan (ASP) yang masih dinomalisasikan juga menyumbang kepada keputusan kewangan yang kurang memberangsangkan.
Kumpulan perhatikan bahawa inventori pelanggan makin menghampiri tahap kenormalan. Walaubagaimanapun, meskipun jualan telah pun turut meningkat, tidak semua pesanan yang diterima akan dapat dilaksanakan disebabkan oleh harga jualan yang lebih rendah. Memandangkan industri sarung tangan sedang menghadapi kerugian ditambahkan dengan peningkatan kos, industri telah mula menaikkan harga jualannya dari Februari 2023, yang merupakan langkah yang diperlu diambil ke arah pemulihan dan kelestarian industri.
Encik Lim Cheong Guan, Pengarah Urusan Top Glove berpandangan bahawa, “Industri sarung tangan telah mengalami tempoh yang amat mencabar sejak tahun lalu. Disebabkan pelbagai cabaran dalam bentuk pengimbangan semula permintaan dan bekalan, ditambah dengan ASP yang rendah dan peningkatan kos, keputusan kewangan yang disampaikan tidak akan mewakili potensi sebenar syarikat mahupun industri tersebut. Namun begitu, ini hanya merupakan fasa sementara yang perlu kami harungi selepas peningkatan mendadak permintaan sarung tangan yang didorong pandemic selama 2 tahun.”
“Untuk mengurangkan kesan angin sakal yang dihadapi, kami terus melaksanakan inisiatif peningkatan kecekapan dan mengambil langkah penjimatan yang bertujuan untuk memacu pemulihan dan meningkatkan keuntungan kami, sementara meningkatkan ASP untuk mengimbangi peningkatan kos”, sambung Encik Lim.
Landskap perniagaan yang mencabar dan berdaya saing dijangka kekal sepanjang tahun 2023. Walau bagaimanapun, Kumpulan terus mengamalkan pandangan jangka panjang tentang prospek industri, yang masih kekal positif.
Encik Lim menegaskan, “Kami tidak berada di bawah ilusi dan kekal sedar bahawa pasaran akan terus mengimbangi dalam tempoh terdekat. Namun begitu, kami percaya bahawa pemulihan industri sarung tangan akan berlaku kelak kerana asasnya masih kekal kukuh dan tidak berubah.”
“Kami percaya bahawa keputusan kami bakal mencerminkan potensi industri sarung tangan di masa depan. Sementara itu, kami terus komited untuk memastikan kesejahteraan kakitangan dan perniagaan kami, sambil menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan kami”, simpul Encik Lim.
Kesimpulan maklumat:
Pada 16 Mac 2023
| Bilangan Kilang | 50 buah kilang (43 di Malaysia, 5 di Thailand, 1 di China dan 1 di Vietnam) terdiri daripada: • 37 kilang sarung tangan • 2 loji lateks pekat • 3 kilang kimia • 1 kilang acuan sarung tangan • 2 kilang bahan pembungkusan • 1 kilang empangan pergigian • 1 kilang kondom • 1 kilang topeng muka • 1 kilang pensterilan gamma • 1 kilang kit ujian pantas |
| Bilangan Pejabat Pemasaran | 7 (Malaysia, Amerika Syarikat, Jerman, Brazil, China, Thailand dan Vietnam) |
| Jumlah Barisan Pengeluaran Sarung Tangan | 812 |
| Kapasiti Pengeluaran Sarung Tangan | 100 bilion helai setahun |
| Bilangan Pekerja | 13,000 |




