• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Yinson Catat Untung Bersih RM586 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Yinson Raih Dua Projek FSPO Bernilai US$5.2 Bilion Di Brazil
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2023 meningkat kepada RM586 juta daripada RM401 juta pada tahun kewangan 2022.

Hasil meningkat 75 peratus kepada RM6.32 bilion berbanding RM3.61 bilion sebelumnya, kata syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu mengaitkan keuntungan bersih yang lebih baik itu kepada jumlah sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan apungan (FPSO) dan aktiviti perniagaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi suku keempat tahun kewangan 2023, keuntungan bersih Yinson melonjak kepada RM168 juta daripada RM65 juta pada suku yang sama sebelumnya, manakala hasil melonjak kepada RM1.96 bilion berbanding RM741 juta.

Yinson turut mengisytiharkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.0 sen sesaham untuk tahun kewangan 2023, yang akan dibayar pada 30 Ogos 2023.

Mengenai prospek, syarikat itu berkata ia akan terus menggunakan langkah menguruskan inflasi dan risiko kadar faedah secara berhemat termasuk lindung nilai, ramalan berkesan, kepelbagaian kos merentas pasaran geografi, memfaktorkan risiko inflasi ke dalam kontrak dan pengurusan strategik inventori.

“Sebagai penyedia infrastruktur tenaga dan teknologi dengan kedudukan kepimpinan yang kukuh dalam kemampanan, pihak pengurusan yakin dengan keupayaan kumpulan untuk kekal berdaya tahan di tengah-tengah cabaran ekonomi global yang semakin meningkat dengan risiko asasnya.

“Disokong oleh portfolio kontrak jangka panjang sedia ada kami, kami percaya kami boleh mencapai keputusan yang memuaskan untuk tahun kewangan 2024,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: EPCICFSPOKeputusantahun kewangan 2023Yinson
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In