• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah Pada Sesi Awal Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada sesi awal dagangan pagi ini di tengah-tengah kekurangan pemangkin.

Pada 9.12 pagi, penanda aras FBM KLCI susut 1.12 mata kepada 1,409.86 daripada penutup Khamis pada 1,410.98, selepas dibuka 0.15 mata lebih tinggi pada 1,411.13.

Dalam pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 164 berbalas 136, manakala 242 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 252.96 juta unit bernilai RM112.36 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata kedua-dua bursa tempatan dan serantau diunjur mempamerkan peningkatan seiring pergerakan Wall Street semalaman, dengan menjangkakan kenaikan kadar faedah mungkin hampir berakhir.

Sementara itu, walaupun Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen memberi jaminan terhadap keselamatan deposit Amerika, pelabur mungkin akan terus memantau perkembangan sektor perbankan di AS memandangkan masih adanya ketidakpastian, katanya.

“Pelabur juga dilihat memihak kepada saham teknologi berikutan keyakinan yang dipamerkan di Wall Street. Selain itu, saham utiliti, telekomunikasi dan pengguna mungkin menjadi tumpuan kerana risiko global masih belum reda.

“Sebaliknya, sektor perladangan diunjur menyaksikan tekanan jualan dalam situasi penurunan harga minyak sawit mentah,” tambah firma pembrokeran itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan IHH Healthcare menokok dua sen setiap satu  kepada RM5.23 dan RM5.84, manakala Public Bank dan CelcomDigi tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga  RM3.95 dan RM4.34, Maybank turun dua sen menjadi RM8.47 dan TNB susut enam sen kepada RM9.50.

Bagi saham aktif, DS Sigma meningkat enam sen kepada 45 sen, YBS International menambah 2.5 sen menjadi 70 sen, manakala Top Glove kekal pada RM1.02 dan Hong Seng Consolidated susut setengah sen kepada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.06 mata kepada 10,335.99 dan Indeks FBMT 100 lemah 2.02 mata menjadi 10,027.15.

Indeks FBM Emas Syariah mengembang 0.84 mata kepada 10,671.38, Indeks FBM 70 meningkat 22.05 mata menjadi 13,411.23 dan Indeks FBM ACE memperoleh 28.16 mata kepada 5,342.81.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 2.31 mata kepada 813.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.09 mata kepada 167.26, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 9.06 mata kepada 15,557.09 dan Indeks Perladangan turun mata 12.81 mata untuk mencatatkan paras 6,756.70.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiespembukaanWall Street.
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In