• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih EcoWorld International Meningkat Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
Sektor Besi Dan Hartanah Pasca Pandemik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — EcoWorld International Bhd merekodkan kerugian bersih lebih tinggi pada RM30.82 juta pada suku pertama berakhir 31 Jan, 2023 (1Q 2023) berbanding RM14.66 juta pada suku sama tahun lepas.

Prestasi itu disebabkan terutamanya oleh kerugian pertukaran asing akibat penyusutan nilai mata wang pound Britain berbanding ringgit, kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Selain itu, hasilnya turut susut kepada RM22.37 juta berbanding RM49.24 juta, sebelum ini. 

EcoWorld International berkata dalam tempoh tiga bulan, kedudukan tunai bersihnya meningkat daripada RM172.5 juta setakat 31 Okt, 2022, kepada RM446.2 juta sehingga 31 Jan, 2023 yang juga peningkatan sebanyak 159 peratus.

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun kewangan 2023, jualannya mencecah RM335 juta berserta tambahan rizab sebanyak RM189 juta yang berjumlah RM524 juta.

Menurut kumpulan itu, prestasi itu meletakkannya di landasan tepat dalam usaha mencapai sasaran jualan tahun penuh sebanyak RM1.4 bilion.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teow Leong Seng berkata kumpulan itu menyasarkan untuk mengekalkan momentum jualan dengan menawarkan pakej insentif menarik kepada kalangan pembeli selain memanfaatkan permintaan luar negara melalui acara pemasaran di peringkat antarabangsa.

Langkah itu juga, katanya, akan membolehkan peningkatan aliran tunai tambahan dapat dijana bagi kumpulan dalam suku-suku akan datang.

“Tumpuan utama kami pada tahun ini adalah untuk terus menjana keuntungan daripada saham, pengekalan tunai serta bagi menyampaikan agihan lebihan tunai yang dijanjikan kepada pemegang saham. Ini juga berdasarkan pelan berteraskan jualan serta tempahan yang dapat dicapai oleh syarikat setakat ini,” katanya.

— BERNAMA

TAG: EcoWorld International, suku pertama, prestasi kewangan, Bursa Malaysia 

Tags: EcoWorld Internationalprestasi kewangansuku pertama
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In