• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi awal dagangan Isnin di tengah-tengah sentimen pasaran yang tidak menentu ekoran kebimbangan mengenai krisis perbankan AS dan Credit Suisse.

Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.

Pasaran dibuka pagi ini pada paras 1,411.73, lemah sebanyak 3.55 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 299 berbalas 169 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,545 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 536.08 juta unit bernilai RM206.08 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka bursa tempatan akan kekal tenang selepas pengumuman UBS akan mengambil alih Credit Suisse, walaupun ketidaktentuan mungkin berterusan berikutan penurunan Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan yang berlarutan mengenai kegawatan perbankan AS dan krisis Credit Suisse.

“Sementara itu, peniaga akan memantau keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia menambah kaunter berkaitan emas mungkin meraih momentum kerana kegawatan yang melanda sektor perbankan AS mendorong minat terhadap emas.

“Sektor defensif lain seperti telekomunikasi, keperluan pengguna dan sektor penjagaan kesihatan juga dijangka menyerlah,” katanya.

Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM5.85, CelcomDigi tidak berubah pada RM4.05 dan Maybank turun dua sen menjadi RM8.36.

Public Bank susut satu sen kepada RM3.96, Petronas Chemicals lemah 24 sen kepada RM6.99, CIMB turun lima sen kepada RM5.17 dan TNB kerugian lapan sen kepada RM9.47.

Antara saham aktif, Green Packet dan Jade Marvel masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 6.5 sen dan 31.5 sen.

Minda Global dan BSL Corp, kedua-duanya tidak berubah pada 14.5 sen dan empat sen, manakala Top Glove turun 1.5 sen kepada 90 sen dan Zen Tech susut setengah sen kepada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 60.85 mata kepada 10,275.55, Indeks FBMT 100 menguncup 60.24 mata kepada 9,968.64 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 64.23 mata kepada 10,603.01.

Indeks FBM 70 merosot 40.51 mata kepada 13,325.14, tetapi Indeks FBM ACE menokok 27.82 mata kepada 5,276.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 65.74 mata kepada 15,473.97, Indeks Perladangan turun 62.71 mata kepada 6,809.61, Indeks Tenaga lemah 8.64 mata kepada 814.22 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.74 mata kepada 168.31.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiespembukaanperbankanWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In