• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Turutu Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman di tengah-tengah kegiatan penjualan global, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.41 mata kepada 1,394.52 daripada 1,403.93 pada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks utama dibuka pada paras 1,400.82, turun 3.11 mata.

Pergerakan harga di pasaran negatif menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 316 berbalas 63, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 241.88 juta unit bernilai RM125.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terjejas oleh krisis perbankan yang merebak ke Eropah, dengan Credit Suisse Bank menjadi paling terkini dilanda tekanan kecairan.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 281 mata, manakala Nasdaq menambah enam mata apabila hasil 10 tahun AS berakhir lebih rendah pada 3.46 peratus.

“Di dalam negara, FBM KLCI meningkat semula semalam disebabkan pembelian secara meluas. Namun begitu, kami berpendapat ekuiti serantau  dijangka menghadapi beberapa halangan hari ini kerana kebanyakan niaga hadapan utama diniagakan bercampur-campur ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, beliau berkata inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Februari yang berada dalam jangkaan telah menyuntik keyakinan yang Rizab Persekutuan AS (Fed) akan lebih bertolak ansur tehadap kenaikan kadar faedah minggu depan.

Justeru, beliau mengunjurkan bursa tempatan mungkin tidak terkecuali kerana indeks mungkin sekali lagi menembusi bawah paras 1,400  dengan 1,385-1,390 sebagai sokongan semerta.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia  — Maybank susut empat sen kepada RM8.31, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing turun  tiga sen menjadi  RM3.92 dan RM6.97, CIMB lemah lapan sen kepada RM5.15 dan TNB susut. dua sen kepada RM9.40.

Bagi saham aktif, Velesto Energy susut satu sen kepada 20.5 sen, Mestron Holdings dan Vinvest Capital turun setengah sen masing-masing mencatatkan 41 sen dan 22 sen manakala Hong Seng Consolidated dan PUC tidak berubah, kedua-duanya pada 15 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 71.34 mata kepada 10,190.03, Indeks FBM 70 susut 95.14 mata menjadi 13,073.90 dan Indeks FBMT 100 lemah 67.91 mata kepada 9,883.65.

Indeks FBM Emas Syariah pula merosot 65.41 mata kepada 10,493.95 dan Indeks FBM ACE menyusut 39.48 mata kepada 5,236.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 107.25 mata kepada 15,375.20, Indeks Tenaga susut 28.25 mata kepada 809.75, Indeks Perladangan lemah 26.58 mata kepada 6,695.73, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 mata kepada 168.63.

— BERNAMA


Tags: Bursa Malaysiajualan globalpembukaanThong Pak LengWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In