• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Apabila Wall Street Alami Lantunan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Rabu, mengambil petunjuk positif daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman apabila pelabur berminat mengambil risiko dengan mempertimbangkan bahawa kesan kegagalan bank AS baru-baru ini mungkin telah dielakkan, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 10.37 mata kepada 1,404.20 daripada 1,393.83 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 6.27 mata lebih baik kepada 1,400.10.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 335 berbanding 97, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,620 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 423.36 juta unit bernilai RM248.51 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini adalah seiring dengan jangkaan, yang menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin kurang agresif dengan kenaikan kadar faedah.

Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) melonjak 336 mata, manakala Nasdaq menambah 239 mata dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS lebih tinggi iaitu pada 3.69 peratus.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI susut di bawah paras 1,400 disebabkan penjualan secara meluas ekoran situasi amat buruk di peringkat rantau, yang merupakan tindak balas spontan terhadap kegagalan bank di AS.

“Walau bagaimanapun, kami berpandangan pembelian semasa harga murah akan berlaku hari ini dengan harapan Fed akan keberatan untuk menaikkan kadar faedah. Justeru, kami menjangkakan pembelian kembali kepada bank dan saham telekomunikasi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Thong juga menjangkakan indeks mengalami lantunan hari ini dan berlegar dalam julat 1,400 hingga 1,415.

Antara saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank dan TNB masing-masing naik enam sen kepada RM8.40 dan RM9.33, Public Bank meningkat tujuh sen kepada RM3.95 dan CIMB menambah lima sen kepada RM5.22, namun Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM6.94.

Antara saham aktif, Oppstar yang baru disenaraikan di Pasaran ACE melonjak RM1.49 kepada RM2.12, Hong Seng Consolidated meningkat setengah sen kepada 15 sen, Destini menokok setengah sen kepada lapan sen, Jade Marvel naik 1.5 sen kepada 31 sen dan BSL kurang setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 80.77 mata kepada 10,262.68; Indeks FBM 70 menambah 110.99 mata kepada 13,178.60; Indeks FBMT 100 naik 75.98 mata kepada 9,954.75; Indeks FBM Emas Syariah menokok 65.54 mata kepada 10,547.69 dan Indeks FBM ACE meningkat 49.21 mata kepada 5,226.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 134.31 mata kepada 15,513.54; Indeks Tenaga naik 9.49 mata kepada 833.77; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.40 mata kepada 169.93 serta Indeks Perladangan naik  33.94 mata kepada 6,701.24.

— BERNAMA



Tags: Bursa MalaysiaThong Pak LengWall Street
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In