• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa, mengambil petunjuk daripada ketidaktentuan pergerakan Wall Street apabila sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) berada di bawah penelitian berikutan krisis Silicon Valley Bank dan Signature Bank, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.50 mata kepada 1,413.33 daripada 1,421.83 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 4.87 mata rendah pagi ini pada 1,416.96.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mendahului untung 183 berbalas 121, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,710 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 193.64 juta unit bernilai RM102.60 juta.

Walaupun sektor perbankan AS mengalami penangguhan sementara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen masih kekal berhati-hati.

Purata Perindustrian Dow Jones kerugian 90 mata manakala Nasdaq memperoleh hampir 50 mata, katanya.

“Di peringkat domestik, kami menjangkakan aktiviti memburu saham murah akan muncul hari ini dengan minat tertumpu pada kaunter perbankan dan telekomunikasi.

“Oleh itu, indeks diunjur  berada dalam aliran julat 1,420-1,435 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Thong berkata harga emas melonjak kepada US$1,911 setiap auns kerana pelabur terus melihat kepada kelas aset yang lebih selamat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank susut tiga sen kepada RM8.41, Public Bank lemah empat sen menjadi RM3.97, CIMB turun lapan sen kepada RM5.25, Petronas Chemicals menguncup enam sen kepada RM7.04 tetapi  TNB menambah dua sen kepada RM9.34.

Bagi saham aktif, Awanbiru Technology dan Ta Win Holdings naik setengah sen setiap satu kepada 47.5 sen dan 5.5 sen, dan E.A. Technique (M) turun 5.5 sen kepada 23.5 sen manakala Vinvest Capital dan Icon Offshore tidak berubah, masing-masing pada 22.5 sen dan 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.22 mata kepada 10,329.20, Indeks FBM 70 turun 8.16 mata kepada 13,236.22, Indeks FBMT 100 kerugian 47.48 mata kepada 10,014.43 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 27.03 mata kepada 10,622.92.

Bagaimanapun, Indeks ACE FBM meningkat 3.07 mata kepada 5,302.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 142.68 mata kepada 15,577.71, Indeks Tenaga susut 2.83 mata menjadi 850.00, Indeks Perladangan menguncup 38.22 mata kepada 6,754.11 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.25 mata kepada 172.32.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanThong Pak Leng
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In