• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Pada 9.13 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.30 mata kepada 1,453.36 daripada 1,454.66 semalam.

Indeks utama dibuka tinggi 0.16 mata kepada 1,454.82.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 176 berbanding 137 manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,703 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 211.81 juta unit bernilai RM98.23 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata bursa tempatan dijangka terus diniagakan secara mendatar dengan tekanan jualan yang semakin meningkat daripada dana asing berikutan pelabur menunggu keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh BNM hari ini.

“Pelabur dijangka menempatkan dalam sektor perbankan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari,” katanya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank menambah empat sen kepada RM8.71, Kuala Lumpur Kepong naik 18 sen kepada RM21.20, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.12 dan Dialog menokok tiga sen kepada RM2.41 manakala MISC tidak berubah pada RM7.40.

Dalam kalangan saham aktif, Hong Seng Consolidated meningkat satu sen kepada 14.5 sen, AwanBiru Technology menambah 2.5 sen kepada 41.5 sen dan Vinvest Capital naik setengah sen kepada 23 sen manakala Astro merosot 1.5 sen kepada 71.5 sen dan Tanco berkurangan dua sen kepada 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 7.06 mata kepada 10,598.69, Indeks FBM 70 jatuh 17.24 mata kepada 13,471.72, Indeks FBMT 100 berkurangan 10.10 mata kepada 10,273.23, Indeks FBM Emas Shariah susut 20.77 mata kepada 10,838.01 manakala Indeks FBM ACE naik 34.21 mata kepada 5,489.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 27.41 mata kepada 16132.97 dan Indeks Tenaga meningkat 1.21 mata kepada 891.81 manakala Indeks Perladangan berkurangan 35.34 mata kepada 6,904.09 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.25 mata kepada 176.97.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, FBM KLCI, Malacca Securities, BNM, OPR

Tags: BNMBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesOPR
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In