• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Wall Street Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.87 mata kepada 1,453.80 berbanding penutupan semalam pada paras 1,458.67.

Indeks utama dibuka pada 1,455.47, turun 3.2 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan negatif, menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 266 berbalas 74, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,697 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 144.52 juta unit bernilai RM61.02 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup dengan lebih rendah selepas pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) Jerome Powell mencadangkan bahawa kadar faedah perlu lebih tinggi dan lama pada Laporan Kewangan Separuh Tahun Persekutuan kepada Kongres AS.

Kenyataan yang lebih berpihak kepada menaikkan kadar faedah itu telah mencetuskan kebimbangan akan kenaikan kadar yang lebih besar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang pada 21-22 Mac.

“Kami menjangkakan beberapa halangan di pasaran hari ini berikutan ulasan kadar oleh Rizab Persekutuan dan menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,450-1,460 di tengah-tengah kelemahan serantau,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa –  Tenaga merosot dua sen kepada RM9.36, Hong Leong Bank turun enam sen kepada RM20.50, Petronas Chemicals dan Telekom turun tiga sen masing -masing mencatatkan RM7.21 dan RM4.92, manakala Nestle tidak berubah pada RM135.

Bagi saham aktif, Kejuruteraan Asastera,  Advance Synergy dan Perdana Petroleum turun setengah-sen, masing-masing pada 33 sen, 13.5 sen dan 20 sen, Icon Offshore susut satu sen menjadi 8.5 sen, manakala YBS international memperoleh 1.5 sen kepada 61.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM EMAS menguncup 37.45 mata kepada 10,593.91, indeks FBM 70 jatuh 45.39 mata menjadi 13,453.56 dan indeks FBMT 100 merosot 34.47 mata kepada 10,272.38, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 45.60 mata kepada 10,853.86 dan Indeks FBM ACE berkurangan 32.88 mata kepada  5,453.61.

Mengikut sektor, indeks perkhidmatan kewangan berkurangan 34.23 mata kepada 16,082.05, Indeks Perladangan menyusut 74.50 mata kepada 6,935.50, dan Indeks Tenaga lebih rendah 12.62 mata kepada 882.70, manakala Indeks Perindustrian dan Perkhidmatan Indeks menguncup  0.29 mata kepada 177.52.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRizab PersekutuanThong Pak Leng
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In