• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Perak Transit Bagi Tahun Kewangan 2022 Naik Kepada RM60 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Perak Transit Bagi Tahun Kewangan 2022 Naik Kepada RM60 Juta

Gambar: Facebook Perak Transit

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Untung bersih Perak Transit Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 meningkat kepada RM60 juta daripada RM53.20 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.

Hasil meningkat kepada RM170.92 juta daripada RM138.57 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pendapatan yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya oleh hasil kukuh daripada operasi terminal pengangkutan awam bersepadu, operasi bas dan operasi stesen minyak, disokong oleh peningkatan kukuh dalam jumlah penumpang di terminal kumpulan dan aktiviti pengangkutan yang lebih tinggi di jalan raya,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Selaras dengan prestasi kewangan yang kukuh, kumpulan itu juga telah mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.75 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 19 Mei 2023.

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2022, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM15.85 juta  berbanding RM12.69 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala hasil lebih tinggi pada RM42.53 juta daripada RM32.94 juta sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Datuk Cheong Peak Sooi berkata tahun ini, syarikat menjangka mengembangkan perniagaan sedia ada dan juga mengejar peluang baharu untuk meningkatkan aliran hasil dan mempelbagaikan asas pendapatan.

“Kami menjangkakan pembinaan terminal ketiga kami, Bidor Sentral akan siap menjelang akhir 2023 dan memulakan sumbangan hasil sulungnya pada 2024. Kami juga sedang mengembangkan perkhidmatan pengurusan terminal pihak ketiga baharu untuk mengembangkan perniagaan aset baharu ini.

“Kami juga telah mempelbagaikan aliran pendapatan kami untuk memasukkan operasi pembinaan menara telekomunikasi untuk rakan kerjasama kami, edotco Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiahasilPerak Transitterminaluntung bersih
Share278ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In