• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih KLK Merosot Kepada RM443.04 Juta

in Catalyst
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan KLK, IJM Corp Berikutan Niaga Janji Baharu

Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) susut kepada RM443.04 juta pada suku pertama berakhir 31 Disember 2022 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023 daripada RM599.32 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Hasil turun kepada RM6.71 bilion daripada RM6.83 bilion sebelumnya.

KLK dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata keuntungan bagi segmen perladangannya berkurangan kepada RM333.6 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh harga jualan minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah dan kos pengeluaran lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Hasil pembuatan tidak berubah pada RM5.5 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2023 manakala keuntungan turun 20.4 peratus tahun ke tahun kepada RM254.4 juta kebanyakannya disebabkan oleh sumbangan keuntungan lebih rendah daripada bahagian oleokimia, sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan lebih tinggi daripada kilang penapisan dan operasi penghancuran isirong sawit.

“Keuntungan bagi segmen hartanah turun 52.5 peratus tahun ke tahun kepada RM8.9 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 manakala pegangan pelaburan/keuntungan lain meningkat kepada RM26.5 juta,” katanya.

Mengenai prospek, KLK berkata sumbangan keuntungan daripada segmen perladangan dijangka berkurangan untuk tahun kewangan 2023.

“Pasaran minyak sawit semasa nampaknya kekal tidak menentu, dipengaruhi oleh perubahan dasar perdagangan di kedua-dua negara pengguna dan pengeluar, ketegangan geopolitik berlarutan yang masih boleh memberi kesan kepada harga komoditi dan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi global.

“Walaupun harganya lebih rendah daripada minyak kacang soya, harga minyak sawit telah merosot dengan ketara daripada paras tertinggi dicatat baru-baru ini,” katanya.

KLK berkata ia akan kekal fokus pada meningkatkan produktiviti dan menambah baik tandan buah tandan segar dan hasil MSM untuk mengurangkan kesan kenaikan kos.

Ia menjangkakan prestasi kewangan tahun kewangan 2023 akan merosot berbanding tahun kewangan sebelumnya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanKLKminyak sawit
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In