fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih DNeX Susut Kepada RM31.88 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Saham DNEX Paling Aktif Didagangkan Susulan Rancangan Pengambilalihan

Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Dagang NeXchange Bhd (DNeX) bagi suku kedua 2023 berakhir 31 Dis, 2022, susut kepada RM31.88 juta daripada RM 43.83 juta pada suku yang sama sebelumnya, sejajar dengan sedikit penurunan dalam hasil.

Hasil turun kepada RM330.53 juta atau enam peratus tahun ke tahun daripada RM353.31 juta setahun sebelumnya, terutamanya disebabkan penghantaran wafer yang lebih rendah dalam segmen teknologi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat teknologi global itu berkata bahagian tenaga dan teknologi maklumat (IT) nya mengalami pertumbuhan hasil masing-masing sebanyak 36 peratus dan sembilan peratus, manakala bahagian teknologinya berdepan pengurangan hasil sebanyak 26 peratus disebabkan oleh penghantaran wafer yang lebih rendah.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

“Prestasi hasil yang lebih baik daripada bahagian tenaga adalah hasil daripada harga dan volum minyak mentah yang lebih tinggi yang dilaporkan pada suku tersebut. 

“Selain itu, penyiapan projek pembaikan kerja kabel telekomunikasi meningkatkan hasil bahagian IT,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Dis 2022, DNeX mencatatkan keuntungan bersih RM73.60 juta daripada RM337.40 juta, tetapi pendapatannya meningkat kepada RM750.10 juta atau 20 peratus lebih tinggi berbanding RM624.18 juta dalam tahun sebelumnya, katanya.

Pengerusi Eksekutif Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata keputusan kewangan pada suku tersebut mencerminkan permintaan luaran yang lebih lemah berikutan kebimbangan kemelesetan.

“Bagaimanapun, kami tetap fokus untuk mengembangkan pasaran kami di peringkat global untuk membina daya tahan dan mengekalkan pertumbuhan dalam jangka panjang, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Kami komited untuk memanfaatkan kekuatan dan keupayaan kami untuk menyampaikan nilai kepada pemegang kepentingan kami, dan kami percaya portfolio terpelbagai dan inisiatif strategik kami akan membolehkan kami mengharungi ketidaktentuan semasa dan muncul lebih kukuh pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global telah menyebabkan pelarasan inventori dalam bahagian teknologi, mengakibatkan turun naik jangka pendek dalam permintaan bagi semikonduktor.

Ini menyebabkan jumlah penghantaran wafer terjejas apabila pelanggan mengurangkan pesanan mereka sebagai tindak balas kepada unjuran permintaan, katanya.

Syed Zainal Abidin berkata DNeX menjangkakan jumlah penghantaran wafer kembali normal dalam tempoh terdekat, terutamanya disebabkan komitmen volum penghantaran daripada tiga pelanggan perjanjian jangka panjangnya.

Bahagian tenaga, di bawah unitnya Ping Petroleum Sdn Bhd, telah beroperasi di Malaysia dan meluaskan portfolio aset minyak dan gas (O&G) dengan dua kontrak perkongsian pengeluaran yang ditandatangani dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk pembangunan dan pengeluaran sumber O&G di luar pesisir Terengganu dan Sarawak, katanya.

“Aset baharu ini akan mempelbagaikan portfolio Ping dengan peluang pertumbuhan jangka panjang dan profil risiko yang berbeza-beza.

“DNeX akan memanfaatkan rekod prestasi kami sebagai pengeluar huluan kos rendah late-life assets dan inovator dalam pembangunan medan marginal untuk memaksimumkan potensi ekonomi aset ini,” katanya.

Sementara itu, kumpulan itu akan memanfaatkan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan dan analisis data raya untuk mengembangkan keupayaan digitalnya bagi mengukuhkan bahagian ITnya.

Syed Zainal Abidin berkata usaha sedang dilaksanakan untuk memperkenalkan perkhidmatan perniagaan-ke-perniagaan baharu di bawah kemudahan perdagangan dan mengembangkan nilai perolehan projek perundingan teknologi dan penyepaduan sistem untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam sektor awam dan swasta, di peringkat tempatan dan antarabangsa.

— BERNAMA 

Tags: DNeXKeputusanTan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Share215ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In