• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih 2022 MBM Resources Melonjak 64.4 Peratus, Isytihar Dividen 21 Sen

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih 2022 MBM Resources Melonjak 64.4 Peratus, Isytihar Dividen 21 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih MBM Resources Bhd melonjak 64.4 peratus kepada RM281.55 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2022 daripada RM171.22 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas disumbang oleh volum tinggi dalam bahagian dagangan motor dan juga pembuatan bahagian-bahagian auto.  

Syarikat automotif itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata hasil meningkat sebanyak 51 peratus kepada RM2.31 bilion daripada RM1.53 bilion sebelumnya. 

“Kedua-dua bahagian dagangan motor dan pembuatan bahagian-bahagian auto kami mencatatkan hasil tinggi yang disokong antara lainnya daripada pengecualian cukai jualan, bekalan kenderaan tinggi, keadaan operasi yang bertambah baik dan permintaan produk. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Tempoh yang sama pada 2021 bukan juga tahun perbandingan berikutan sekatan menyeluruh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan dari 1 Jun, 2021 hingga pertengahan Ogos 2021,” kata MBM. 

Sementara itu, bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2022, MBM, mencatatkan keuntungan bersih rendah sebanyak  RM57.41 juta daripada RM112.81 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, berikutan kos operasi tinggi dalam suku tersebut dan penjimatan cukai tinggi yang diambil kira oleh syarikat sekutunya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) pada suku keempat 2021.

Bagaimanapun, hasil suku keempat meningkat sebanyak 16.5 peratus kepada RM651.40 juta daripada RM558.92 juta sebelumnya.

Kumpulan itu berkata, dari segi operasi, Perodua mencapai prestasi terbaik dengan kuantiti jualan meningkat 48.2 peratus pada 2022 kepada 282,019 unit berbanding 190,291 unit pada 2021.

“Keduanya, unit operasi kami juga mencatatkan kos operasi tinggi berikutan peningkatan kos bahan mentah, semakan semula gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dan ganjaran tinggi kepada kakitangan kami sejajar dengan prestasi tahun penuh yang memberangsangkan apabila kami meraih keuntungan tertinggi yang pernah direkodkan – yang mana semuanya menyumbang kepada keputusan yang agak rendah sedikit berbanding suku yang sama pada 2021,” kata MBM.

Syarikat itu mengisytiharkan dividen khas 15 sen bagi setiap saham biasa, serta dividen interim kedua 6.0 sen setiap saham biasa bagi Tahun Kewangan 2022, menjadikan jumlah dividen kepada 21 sen setiap saham biasa.

“Tarikh ex-date (tarikh bagi menentukan sama ada anda pemegang saham layak atau tidak menerima dividen yang diisytiharkan) dan tarikh pembayaran dividen masing-masing adalah pada 6 Mac, 2023 dan 21 Mac, 2023,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: dagangan motordividen khasKeputusanMBM ResourcesPeroduatahun kewangan 2022
Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In