• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM167Juta Pada Tahun Kewangan 2022

in Catalyst
A A
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd berkurangan secara mendadak sebanyak 50 peratus kepada RM167.67 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) berbanding RM335.73 juta pada FY2021 berikutan pemetakan pelanggan yang lebih baik.

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara memberitahu bursa saham bahawa pendapatannya susut 10.5 peratus kepada RM1.96 bilion pada 2022 daripada RM2.19 bilion pada 2021 di tengah-tengah persekitaran ekonomi makro yang melemah dan “sangat mencabar”.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata Pos Malaysia terus membuat kemajuan yang kukuh pada suku keempat kerana mendapat manfaat daripada pelan transformasinya yang dimulakan pada Ogos 2021.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Walaupun dalam persekitaran makroekonomi yang semakin tidak menentu dan mudah berubah, syarikat dapat memaksimumkan hasil dan dengan cekap mengoptimumkan aset-aset kami,” katanya dalam kenyataan media yang berasingan.

“Walaupun 2022 dicemari oleh cabaran yang luar biasa – inflasi yang tinggi, pecutan berterusan penyumberan dalaman oleh platform e-dagang yang lebih besar dan kembalinya pengguna berbelanja di kedai-kedai fizikal – Saya berterima kasih kepada pasukan Pos Malaysia yang telah bekerja keras dua kali ganda tahun ini bagi mengekalkan perjalanan transformasi kami.

“Kami kekal fokus sepenuhnya kepada pelan transformasi kami dan walaupun menghadapi cabaran, kami tetap optimistik dengan berhati-hati bahawa kumpulan akan menghasilkan keputusan yang lebih baik pada 2023,” kata Brewer.

Pada suku keempat 2022, kerugian bersih Pos Malaysia menyusut kepada RM98.42 juta daripada RM123.21 juta pada suku yang sama 2021, manakala hasil susut kepada RM467.2 juta daripada RM528.59 juta sebelumnya.

— BERNAMA

Tags: Charles BrewerPos Malaysia
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In