• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Lebih Berhati-Hati Selepas Prestasi Bercampur-Campur Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia dibuka dan bergerak berhati-hati pada pagi urus niaga Isnin selepas Wall Street mempamerkan prestasi bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Pada 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.08 mata kepada 1,475.82 daripada penutupan Jumaat pada 1,476.90, selepas dibuka 2.65 mata lebih lemah pada paras 1,474.25.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 184 berbalas 176, manakala 261 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan adalah sebanyak 293.58 juta unit bernilai RM119.57 juta.

Menurut nota penyelidikan hari ini, Hong Leong Investment Bank menyatakan FBM KLCI mungkin tersekat dalam kedudukan mendatar yang berterusan minggu ini sambil menantikan petunjuk yang lebih jelas daripada pembentangan Belanjawan 2023 selain musim pelaporan keputusan korporat tempatan.

Bank pelaburan itu menambah paras sokongan untuk indeks penanda aras dijangka pada 1,460.0 dan 1,470 manakala paras rintangan pada 1,487-1,500 hari ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa —  IHH Healthcare menokok sembilan sen kepada RM6.07, DIGI melonjak 24 sen menjadi RM4.54, Maybank turun empat sen menjadi RM8.71, Public Bank tidak berubah pada RM4.15 manakala Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM8.24 dan TNB turun enam sen kepada RM9.83.

Bagi saham aktif, Ho Wah Genting menokok satu sen kepada 15.5 sen, Euro Holdings menambah setengah sen menjadi 14.5 sen, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 18.5 sen, Iris Corp dan Luster Industries masing-masing susut setengah sen kepada 11.5 sen dan 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.20 mata kepada 10,731.96, Indeks FBMT 100 turun 11.63 mata menjadi 10,398.61 manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 9.24 mata kepada 11,093.24.

Indeks FBM 70 merosot 32.47 mata kepada 13,492.96 tetapi Indeks ACE FBM meningkat 6.65 mata kepada 5,666.31.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengembang 21.28 mata kepada 6,858.96, Indeks Tenaga susut 3.88 mata menjadi 879.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 1.09 mata kepada 189.43, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 5.11 mata kepada 116,031.11.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In