• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Supermax Catat Rugi Bersih RM108.07 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Untung Bersih Supermax Merosot Kepada RM5.71 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Supermax Corporation Bhd mencatat kerugian bersih sebanyak RM108.07 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis 2022 berbanding keuntungan RM47.84 juta pada suku sama sebelum ini.

Perolehan merosot 66.6 peratus kepada RM174.79 juta daripada RM523.54 juta sebelum ini, penyusutan 66.6 peratus atau RM348.75 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Supermax berkata kemerosotan berterusan bagi harga jualan purata (ASP) dan peningkatan kos pengeluaran seunit menyebabkan kumpulan itu mencatat kerugian kewangan untuk kali pertama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Keadaan buruk pasaran telah menyebabkan kumpulan meraih kerugian yang ketara pada operasi, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda), sebelum cukai dan selepas cukai,” katanya.

Supermax berkata antara faktor negatif dalam persekitaran operasi semasa yang mencabar adalah jualan yang terus terjejas akibat perintah tahan pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) pada Oktober 2021 yang masih kekal.

“Ini menghalang usaha untuk mengimport penghantaran kos rendah baharu bagi mengurangkan purata kos inventori.

“Faktor lain termasuk permintaan pasaran global yang lebih perlahan disebabkan lebihan stok ketika kemuncak pandemik; kenaikan kos operasi termasuk kos tenaga tinggi dan kenaikan gaji minimum; menanggung perbelanjaan sebelum operasi bagi kilang baharu AS dan kilang lama tertentu yang tidak beroperasi berikutan proses pembinaan semula,” katanya.

Mengenai prospek bahagian sarung tangan, Supermax berkata industri sarung tangan getah sedang beralih ke fasa rasionalisasi dan fasa pengukuhan, dan dijangka kekal untuk sedikit masa lagi selepas mengalami pertumbuhan terkukuh dalam sejarah pada 2020 dan 2021 semasa pandemik global COVID-19.

Katanya pertumbuhan kukuh sektor itu semasa pandemik menarik ramai pemain baharu ke pasaran dan menggalakkan pemain sedia ada untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memanfaatkan lonjakan permintaan.

Pengeluar sarung tangan itu berkata situasi bekalan yang berlebihan kini disusuli pula dengan permintaan yang kembali seperti biasa selepas serata dunia mengakui pandemik kini menjadi endemik, menyebabkan ASP sarung tangan menjejaki rekod tertingginya secara beransur.

“Kami menjangkakan dapat melihat industri sarung tangan terus kukuh dengan ASP dan permintaan terus menyederhana daripada paras tertinggi.

“Pada masa depan yang dapat dijangka, pasaran akan kekal lemah, persaingan akan terus sengit dan keuntungan terjejas,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKeputusansarung tanganSupermax
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In