• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Perdana Petroleum Kembali Pulih, Catat Keuntungan Bersih RM11.39 Juta

in Catalyst
A A
Perdana Petroleum Kembali Pulih, Catat Keuntungan Bersih RM11.39 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Perdana Petroleum Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.39 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022 berbanding kerugian bersih RM328.27 juta setahun sebelumnya.

Perolehan melonjak kepada RM196.63 juta daripada RM153.47 juta sebelumnya kebanyakannya disebabkan penggunaan kapal yang lebih tinggi pada 59 peratus pada tahun kewangan 2022 berbanding 49 peratus pada tahun kewangan 2021 berikutan peningkatan kadar sewa harian dan pesanan kerja serta kontrak yang diberikan daripada syarikat minyak utama ada separuh kedua 2022.

“Selain daripada kadar penggunaan lebih tinggi, pemulihan yang menghasilkan keuntungan bagi tahun itu adalah susulan caj susut nilai lebih rendah (RM60.6 juta berbanding RM129.2 juta) dan pembalikan kerugian rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE) sebanyak RM11.4 juta pada tahun kewangan semasa (berbanding dengan kerugian rosot nilai pada PPE sebanyak RM220.0 juta pada tahun kewangan lepas)

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sebaliknya, kos pentadbiran meningkat RM2.6 juta kepada RM12.0 juta disebabkan kos insurans dan imbuhan yang lebih tinggi,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Mengenai prospek, Perdana Petroleum berkata industri minyak dan gas kembali pulih pada 2022 selepas beberapa tahun mengalami kemelesetan akibat harga minyak yang rendah dan pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia dengan harga minyak mentah Brent dalam purata US$103 setong pada 2022, berbanding US$71 setong pada 2021.

Syarikat itu berkata prospek tenaga oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2023 telah mengunjurkan bahawa harga minyak mentah Brent akan kembali normal kepada purata US$85 setong pada 2023 disebabkan ketidaktentuan geopolitik dan jangkaan peningkatan inventori petroleum dengan peningkatan aktiviti pembangunan.

“Walaupun persekitaran makroekonomi yang mencabar ditambah dengan kerumitan dalam peralihan tenaga, Petronas mengeluarkan ‘Prospek Aktiviti Petronas 2023-2025’ pada Disember 2022, menjangkakan prospek yang stabil untuk aktiviti luar pesisir Malaysia, ia berkemungkinan akan menyaksikan peningkatan dalam aktiviti projek dalam penggerudian dan pembangunan sekali gus memberi petunjuk baik untuk pasaran kapal sokongan luar pesisir (OSV).

“Biarpun terdapat momentum yang jelas dalam pemulihan pasaran OSV, ia menyebabkan penggunaan dan kadar sewaan lebih tinggi untuk segmen penyewaan luar pesisir industri minyak dan gas pada 2022, kami masih optimistik dan berhati-hati memandangkan prospek yang tidak menentu disebabkan oleh dinamik geopolitik semasa serta peningkatan inflasi dan kadar faedah,” katanya.

— BERNAMA

Tags: keuntungan bersihminyak mentah BrentPerdana Petroleum
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In