• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih, Hasil Hibiscus Petroleum Melonjak Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Keuntungan Suku Pertama Hibiscus Petroleum Meningkat Lebih Daripada Tiga Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd melonjak kepada RM70.47 juta dalam suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2022, daripada RM48.49 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. 

Hasil bagi suku tersebut juga meningkat kepada RM713.13 juta berbanding RM284.40 juta sebelumnya disumbang terutamanya daripada operasi di lapangan North Sabah dipacu oleh purata harga minyak direalisasi yang tinggi dan purata perbelanjaan operasi (opex) setong yang rendah.

“Segmen itu mencapai purata harga minyak direalisasi yang agak tinggi pada US$98.09 (US$1=RM4.40) setong bagi minyak mentahnya yang dijual pada suku semasa manakala purata opex setong direkodkan pada US$18.50,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Hibiscus Petroleum berkata sejumlah 1.33 juta tong minyak mentah dijual pada suku kedua, terdiri daripada 0.61 juta tong daripada aset kumpulan Peninsula Hibiscus, 0.54 juta tong daripada North Sabah dan 0.19 juta tong daripada Anasuria Cluster. 

Selain itu, sejumlah 3,938 juta kaki padu standard sehari (mmscf) gas dijual pada suku kedua termasuk 3,767 mmscf daripada PM3 CAA (kawasan perjanjian komersial) dan 171 mmscf daripada Anasuria Cluster. 

Pada masa depan, kumpulan itu berkata ia berkedudukan baik untuk memanfaatkan kejayaan operasinya yang dibangunkan di Malaysia dan United Kingdom di samping terus menumpukan untuk mencapai prestasi optimum dalam persekitaran harga minyak yang tinggi. 

Hibiscus Petroleum berkata prestasi perniagaannya disokong oleh beberapa faktor termasuk harga minyak mentah penanda aras Brent pada masa pengambilan berjadual daripada Anasuria FPSO (pengeluaran terapung, penyimpanan dan pemunggahan), FSO (pemunggahan penyimpanan terapung) Orkid, FSO PM3 CAA dan Terminal Minyak Mentah Labuan. 

“Sebagai pengendali bersama Anasuria Cluster dan pengendali North Sabah, PM3 CAA, Kinabalu, PM305, PM314, dan kontrak perkongsian pengeluaran Block 46, kumpulan terus menumpukan untuk mengoptimumkan prestasi aset tetapi sama pentingnya untuk ambil maklum bahawa prestasi kami dipengaruhi oleh faktor makroekonomi luaran yang sukar dikawal oleh kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: gasharga minyak mentahHibiscus PetroleumKeputusanNorth Sabah
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In