• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Farm Fresh Peroleh 53 Peratus Kepentingan Dalam Inside Scoop

in Catalyst
A A
Farm Fresh Peroleh 53 Peratus Kepentingan Dalam Inside Scoop

Gambar: Facebook Farm Fresh Milk Malaysia & Inside Scoop

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Farm Fresh Bhd (FFB) telah memeterai perjanjian pembelian saham dengan vendor The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) untuk cadangan pengambilalihan 462,739 saham biasa tersedia dalam TISSB. 

FFB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pengambilalihan itu mewakili 53.0 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan dalam TISSB yang membabitkan pertimbangan pembelian keseluruhan lebih kurang RM68.4 juta, tertakluk kepada pelarasan. 

FFB juga telah memeterai perjanjian langganan saham (SSA) dengan TISSB bagi cadangan langganan 104,771 saham baharu TISSB, mewakili 12 peratus daripada saham terbitan diperbesarkan dalam TISSB dengan jumlah pertimbangan langganan sebanyak RM15.5 juta berdasarkan terma dan syarat perjanjian.

Selepas cadangan itu dimuktamadkan, TISSB akan menjadi anak syarikat 65 peratus milik FFB manakala baki 35 kepentingan ekuiti dalam TISSB akan dipegang oleh Edmund Tan, salah satu vendor. 

“Selepas selesai cadangan, FFB dan Tan akan akan memeterai perjanjian pemegang saham untuk mengawal selia hubungan kedua-dua pihak sebagai pemegang saham TISSB. 

“Menurut perjanjian pemegang saham, FFB akan memberikan Tan hak bagi meminta FFB membeli daripadanya, apabila berlaku mana-mana peristiwa pencetus pada bila-bila masa semasa tempoh opsyen dibuat, baki saham TISSB yang dipegang oleh Tan,” katanya.

Cadangan itu akan membuka jalan bagi kemasukan serta pemilikan kumpulan dalam salah satu syarikat aiskrim istimewa yang paling pesat berkembang dan rangkaian aiskrim buatan sendiri yang terbesar di Malaysia.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, FFB  telah mengumpul jumlah hasil kasar kira-kira RM300.1 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang dilancarkan pada 28 Feb 2022. 

Hasil kasar tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan modal, modal kerja dan anggaran perbelanjaan penyenaraian. 

“FFB berhasrat bagi memanfaatkan kecekapan serta pengalaman pengasas TISSB yang akan menerajui bahagian aiskrim FFB dalam penerokaan kami ke pasaran aiskrim yang menguntungkan,” katanya.

— BERNAMA

TAG: FFB, The Inside Scoop, Bursa Malaysia, ais krim

Tags: ais krimBursa Malaysiafarm freshFFBThe Inside Scoop
Share317ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In