• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Syor Penyenaraian IPO Petronas Perlu Diteliti, Elak Babit Perkara Dalam Akta PDA 1974

in Berita
A A
Syor Penyenaraian IPO Petronas Perlu Diteliti, Elak Babit Perkara Dalam Akta PDA 1974
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PUTRAJAYA, 15 Feb (Bernama) — Sebarang langkah atau keperluan untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) perlu diteliti dan tidak seharusnya melibatkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Akta Perdagangan Petroleum (PDA) 1974. 

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini berikutan terdapat beberapa perkara khusus dalam akta tersebut seperti fungsi Petronas dalam menjaga, mentadbir dan mengawal selia sumber hidrokarbon dalam negara ini. 

“Sebab itu, saya lihat sebelum ini apabila Petronas menyenaraikan perniagaannya, apa yang disenaraikan adalah perkara-perkara yang tidak menyentuh bidang kuasa serta bidang tugas khusus dalam Akta PDA 1974. 

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

“Jadi perkara itu akan terus diperhalusi jika ada keperluan dan pilihannya. Namun semua ini adalah dalam bidang kuasa Menteri Kewangan,” katanya pada sidang media mengenai Prestasi Ekonomi Malaysia dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2022 di sini, hari ini. 

Mengulas selanjutnya, Rafizi berkata sebagai individu yang pernah berkhidmat di Petronas, beliau melihat syarikat minyak dan gas negara itu mempunyai kedudukan unik yang perlu diambil kira sejajar dengan peranan organisasi itu sebagai pihak pengawal selia sumber hidrokarbon di Malaysia.

“Oleh itu, ini menyamai (sebagai contohnya) seperti menswastakan Jabatan Perhutanan,” katanya. 

Beliau mengulas saranan Ahli Parlimen (PH-Subang) Wong Chen semalam agar kerajaan mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan IPO Petronas sebagai antara kaedah mengumpul dana bagi membantu mengurangkan hutang negara.

Wong Chen berkata langkah itu akan membantu dari segi memberi suntikan tunai yang besar bagi mengurangkan hutang negara, menyediakan lebih ketelusan kewangan dan tadbir urus yang lebih baik kepada syarikat minyak dan gas negara, sekali gus meningkatkan hasil fiskal keseluruhan bagi kerajaan.

— BERNAMA 

Tags: IPOPetronas
Share284ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In