• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Pada Sesi Awal Dagangan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) —  Kenaikan yang dicatatkan oleh dagangan Bursa Malaysia semalam tidak bertahan apabila ia dibuka rendah pagi ini disebabkan pengambilan untung, menjejaki prestasi tidak menentu di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,482.57 daripada 1,483.97 penutup Selasa.

Indeks utama memulakan dagangan dengan merosot 1.17 mata untuk mencatatkan paras 1,482.80.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mendahului untung 145 berbalas 129, manakala 193 kaunter tidak berubah, 1,746 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang direkodkan adalah 152.78 juta unit bernilai RM53.62 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan dagangan rendah semalam dengan Indeks Dow Jones susut  0.5 peratus disebabkan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 6.4 peratus pada Januari 2023 – sekali gus mencetuskan kebimbangan lanjut bahawa laluan untuk inflasi kembali normal agak sukar.

Firma pembrokeran itu turut percaya sentimen global akan kekal suram, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat sementara menunggu kemunculan pemangkin baharu.

Di pasaran tempatan, pelabur dijangka memberi tumpuan pada musim pelaporan pendapatan serta pembentangan semula Belanjawan 2023.

Bagi komoditi, indeks penanda aras minyak mentah Brent kekal melebihi US$85 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,900 setan.

“Sementara itu, sektor pembinaan dan bahan binaan diunjur menjadi tumpuan menjelang pembentangan semula Belanjawan 2023 minggu depan.

“Selain itu, sektor berkaitan kenderaan elektrik (EV) mungkin menyerlah berikutan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai sasarannya untuk menyediakan sehingga 4,000 titik pengecasan EV di Malaysia,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM8.80 dan RM5.90, Public Bank naik 1.0 sen untuk mencatatkan harga RM4.20 dan CIMB menambah 4.0 sen kepada RM5.45, manakala Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM8.12 .

Bagi saham aktif, kedua-dua Hong Seng dan Dataprep menambah setengah sen kepada 21.5 sen dan 24 sen, Trive Property meningkat 1.0 sen menjadi 8.0 sen dan Kim Teck naik 2.5 sen kepada 26.5 sen, manakala PUC tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 3.81 mata kepada 10,783.94, Indeks FBMT 100 turun 4.53 mata menjadi 10,452.88 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 19.17 mata kepada 11,092.71.

Indeks FBM 70 pula meraih 16.95 mata kepada 13,592.09 dan Indeks FBM ACE mengukuh 10.41 mata 5,702.08.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 4.34 mata kepada 6,912.20 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.24 mata kepada 189.29, manakala Indeks Tenaga meningkat 1.35 mata kepada 898.07 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.24 mata kepada 16,180.74.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIinflasipembukaanWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In