• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Tidak Langsung Lagenda Properties Beli Tanah Di Johor Pada Harga RM398.2 Juta

in Catalyst
A A
Unit Tidak Langsung Lagenda Properties Beli Tanah Di Johor Pada Harga RM398.2 Juta

Gambar: Lagenda Properties

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Lagenda Mersing Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung dimiliki 70 peratus Lagenda Properties Bhd (Lagenda Properties) telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Seriemas Development Sdn Bhd untuk membeli tanah seluas 435.23 hektar di Kulai, Johor pada harga RM398.2 juta.

Pemaju perumahan mampu milik dan perbandaran bersepadu itu dalam satu kenyataan berkata pertimbangan pembelian tersebut akan dipenuhi menerusi gabungan dana dan pinjaman yang dijana secara dalaman.

“Pembelian strategik ini akan membolehkan Lagenda Properties memanfaatkan pasaran hartanah yang besar kerana kajian kami menunjukkan terdapat ketidakpadanan bekalan dan permintaan perumahan yang teruk di Johor terutamanya dalam segmen kediaman bertanah mampu milik,” kata Pengarah Urusan Lagenda Properties, Datuk Jimmy Doh.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Jimmy berkata rumah mampu milik berada mendapat permintaan tinggi ketika ini tetapi jumlahnya adalah rendah, syarikat itu mempunyai kehadiran pasaran yang kukuh dalam segmen khusus itu.

Lagenda Properties mempunyai 1,507.86 hektar pada akhir September 2022, selepas selesai proses pembelian itu, simpanan tanah kumpulannya akan meningkat hampir 30 peratus kepada 1942.90 hektar, kata kumpulan itu.

Lagenda Properties berkata tanah itu terletak berdekatan dengan pelbagai taman perindustrian, 18km jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan hab logistik dan perindustrian yang berkaitan serta jaraknya adalah 39km dari pusat bandar Johor Bahru.

Kumpulan itu merancang untuk membangunkan sebuah perbandaran berskala besar mampu milik selepas selesai proses pembelian tersebut, katanya.

— BERNAMA

Tags: Jimmy DohJohorLagenda Properties
Share263ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In