• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Sentimen Pasaran Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Feb  (Bernama) —  Bursa Malaysia meneruskan kenaikan yang dipamer semalam dan dibuka lebih tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi positif semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen pasaran yang rancak merentas semua pasaran serantau.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.77 mata kepada 1,477.94 daripada penutupan Isnin pada 1,475.17.

Indeks utama itu memulakan dagangan dengan 1.96 mata lebih baik pada 1,477.13.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 202 berbalas 123, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,592 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 261.37 juta unit bernilai RM98.36 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham AS meneruskan kerancakan dengan indeks Dow Jones meningkat 1.1 peratus menjelang pengeluaran data inflasi utama yang dijangka menunjukkan penurunan selanjutnya.

Dengan lantunan semula secara meluas di Wall Street semalaman, pasaran mungkin mengambil tempat lebih awal daripada keluaran laporan inflasi IHP bulan Januari, dengan kebanyakan peniaga menjangkakan inflasi yang lebih rendah, katanya.

“Justeru, kami percaya sentimen kenaikan harga kemungkinan melimpah ke pasaran serantau serta bursa tempatan, terutamanya dalam sektor teknologi. Dari segi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$85 setong, manakala minyak sawit mentah berlegar melepasi  RM3,900 satu tan,” kata firma pembrokeran itu dalam satu nota.

Untuk tumpuan sektor, Malacca Securities kekal positif pada sektor pembinaan, bahan binaan dan tenaga boleh diperbaharui sebelum pembentangan semula Belanjawan 2023.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa –  Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat 3.0 sen untuk merekodkan RM8.80 dan RM8.11, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.20, CIMB tidak berubah pada RM5.44 dan Tenaga Nasional turun 3.0 sen menjadi RM9.88.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Pesona Metro masing-masing menokok 1.0 sen kepada 21 sen dan 31 sen, Visdynamics meningkat 3.0 sen kepada RM1.06, dan CSH Alliance susut 1.5 sen menjadi 5.0 sen, manakala Iris dan Aimflex tidak berubah pada 11.5 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 18.74 mata kepada 10,752.51, Indeks FBMT 100 meningkat 19.06 mata menjadi 10,422.63 dan  Indeks FBM 70 menambah 22.76 mata kepada 13,563.19.

Indeks FBM Emas Syariah pula mengukuh 18.34 mata kepada 11,039.61.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 8.09 mata kepada 6,846.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.42 mata menjadi 188.42, Indeks Tenaga naik 0.82 mata kepada 898.85, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan peroleh 29.93 mata kepada 16,180.89.

— BERNAMA

Tags: BrentBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiespembukaanWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In