• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MHB Kembali Untung Pada Tahun Kewangan 2022 Dengan Untung Bersih RM67.77 Juta

in Catalyst
A A
Unit MHB Dapat Projek CCS Kasawari Di Sarawak

Gambar: www.nsenergybusiness.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) kembali untung apabila mencatatkan keuntungan bersih RM67.77 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022  berbanding kerugian bersih RM270.41 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MHB berkata kumpulan itu mencatatkan pendapatan RM1.65 bilion pada tahun semasa, kenaikan sebanyak RM184.3 juta daripada pendapatan tahun sebelumnya iaitu RM1.47 bilion yang disumbangkan oleh hasil lebih tinggi daripada segmen kejuruteraan berat dan marin.

“Kumpulan mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM60.9 juta pada tahun semasa berbanding kerugian operasi sebanyak RM252.2 juta pada tahun sebelumnya kerana yang keduanya dipengaruhi terutamanya oleh peruntukan kos tambahan yang diiktiraf untuk projek kejuruteraan berat yang sedang berjalan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Oleh itu, kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM46.7 juta, pulih daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM274.1 juta yang dilaporkan pada tahun sebelumnya,” katanya.

Mengenai prospek tahun semasa, MHB berkata pembukaan semula ekonomi China melalui penarikan dasar sifar-COVID dijangka meningkatkan permintaan untuk minyak, gas dan tenaga dengan ketara yang sepatutnya menyokong harga minyak dan gas untuk kekal kukuh.

Ia berkata dari segi lain, pertumbuhan pesat tenaga boleh diperbaharui bersama-sama usaha penyahkarbonan yang semakin meningkat di peringkat global boleh menghasilkan pelbagai peluang perniagaan kepada kumpulan itu.

“Bagaimanapun, ancaman kemelesetan ekonomi global yang semakin meningkat mungkin menimbulkan beberapa risiko penurunan dari segi permintaan dan harga.

“Selain itu, faktor seperti gangguan rantaian bekalan yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang berterusan dan tekanan inflasi yang tinggi mampu untuk terus menimbulkan cabaran kepada prospek perniagaan kejuruteraan berat.

“Sehubungan itu, kumpulan kekal optimistik dan berhati-hati terhadap prospek bagi segmen kejuruteraan berat,” tambahnya.

Kumpulan itu juga merancang untuk mendapatkan lebih banyak kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian kerana pemilik kapal berhasrat untuk mematuhi Indeks Kapal Sedia Ada Cekap Tenaga (EEXI) dan Petunjuk Intensiti Karbon (CII) yang dikenakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang bermula 1 Jan, 2023.

Bagaimanapun, ia berkata walaupun terdapat peningkatan baru-baru ini dalam pasaran buruh yang menyokong pemulihan dalam perniagaan marin, kekangan tenaga kerja di seluruh negara masih boleh menjejaskan pelaksanaan kerja-kerja yang menepati masa di dok kering.

Oleh itu, kumpulan tersebut menjangkakan perniagaan marin akan kekal mencabar.

Kumpulan itu berhasrat untuk terus mengembangkan perolehan nilai kontrak dengan mendapatkan peluang dalam pasaran tempatan dan antarabangsa termasuk dalam sektor tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.

Kumpulan itu juga telah meluluskan dividen yang dikecualikan cukai satu peringkat 1.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 yang berjumlah RM24 juta.

Dividen yang dicadangkan tersebut akan dibayar pada 24 Mac, 2023 kepada pemegang saham yang berdaftar pada penutupan perniagaan 27 Feb, 2023.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiahasilKeputusanMHBuntung bersih
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In