• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MAHB Dapat Kelulusan Secara Prinsip Daripada Kerajaan Untuk Urus Lapangan Terbang Sehingga 2069

in Catalyst
A A
Malaysia Airport MAHB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan berhubung terma material perjanjian operasi (OA 2023) untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 buah lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLport) hingga 2069. 

Menurut MAHB dalam kenyataan hari ini, terma material OA 2023 membolehkannya dan kerajaan mempunyai fleksibiliti dalam kaedah membiayai kos pembangunan lapangan terbang, sama ada menggunakan peruntukan kerajaan melalui perbelanjaan pembangunan atau MAHB melalui mana-mana mekanisme model pemulihan pelaburan yang sesuai.

Katanya ini tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua pihak, dengan purata wajaran kos modal ditentukan hanya apabila sesuatu projek dilaksanakan dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MAHB berkata OA 2023 turut termasuk mewujudkan akaun amanah pembangunan baharu, iaitu Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF), semata-mata untuk pembangunan lapangan terbang melalui sumbangan daripada pengguna lapangan terbang.

“Sebanyak 50 peratus daripada komponen caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang diambil kira dalam pengiraan yuran pengguna akan disalurkan ke akaun amanah ADF, dan akaun itu akan disemak setiap tiga tahun,” katanya.

Pengendali lapangan terbang itu berkata kerajaan juga mempunyai hak untuk menstruktur semula industri lapangan terbang melalui pengelompokan, ‘carving out’, pelupusan lapangan terbang, penutupan lapangan terbang atau terminal sedia ada atau penstrukturan semula pemilikan mana-mana kemudahan tersebut tertakluk kepada persetujuan bersama dengan MAHB.

Pengarah Urusan Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata OA 2023 baharu itu mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap keupayaan dan pengalaman MAHB dalam mengurus dan mengendalikan lapangan terbang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Ia juga akuan kepada rangka kerja rangkaian lapangan terbang dan model subsidi silang. Ia akan memastikan kemampanan komersial dan memudahkan pertumbuhan lapangan terbang negara, yang seterusnya akan menjadi pemacu pembangunan ekonomi yang penting kepada Malaysia.

“Kami akan dapat meneruskan operasi lapangan terbang komuniti yang penting dan STOLport, pada masa yang sama meningkatkan kapasiti lapangan terbang di mana perlu dan menawarkan tahap perkhidmatan lapangan terbang yang lebih baik secara keseluruhannya,” katanya.

Iskandar berkata OA 2023 memberikan kelonggaran kepada syarikat untuk melabur dan melabur semula dalam pemodenan dan pembangunan lapangan terbang yang berdaya maju di bawah terma komersial yang adil dan kondusif dengan mekanisme pulangan pelaburan yang jelas.

— BERNAMA

Tags: Iskandar Mizal MahmoodMAHBOA 2023STOLport
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In