• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KAB, Petronas Gas Pemilik Bersama Loji Janakuasa Bernilai RM230 Juta Di Sabah

in Catalyst
A A
KAB, Petronas Gas Pemilik Bersama Loji Janakuasa Bernilai RM230 Juta Di Sabah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) dan Petronas Gas Bhd telah memeterai satu usaha sama sebagai pemilik bersama dan pelaksana projek loji janakuasa bernilai RM230 juta di Sabah.

Kemudahan itu juga merupakan pembekal tunggal tenaga kepada fasiliti gas asli cecair (LNG) terapung berhampiran pantai milik Petronas.

KAB Energy Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KAB, telah memeterai perjanjian pembelian saham bagi mengambilalih 10 peratus kepentingan dalam anak syarikat Petronas Gas, Regas Terminal (Lahad Datu) Sdn Bhd yang bertanggungjawab bagi pemilikan serta melaksanakan projek loji janakuasa itu, kata satu kenyataan KAB hari ini.

Selain itu, KAB Energy turut menandatangani perjanjian pemegang saham dengan Petronas Gas untuk berperanan sebagai rakan teknikal dalam usaha sama terbabit.

Pengarah Urusan Kumpulan KAB Datuk Lai Keng Onn berkata pemilikan bersama dan pelaksanaan projek tenaga bersih dengan Petronas Gas itu hanya membuktikan kemampuan mereka dalam ruang penyelesaian tenaga lestari.

“Kami berharap dapat berkongsi kepakaran dengan Petronas Gas bagi membolehkan loji janakuasa ini mencapai kejayaan serta menyumbang kepada sasaran tenaga kerajaan. Ini turut menjadi model pembangunan dalam usaha merebut lebih banyak projek di Malaysia serta Asia Tenggara,” katanya.

Sementara itu, pemilikan Regas Terminal terhadap aset itu yang disasarkan siap pada suku pertama 2026.

Regas Terminal akan memeterai perjanjian pembelian tenaga bagi pembekalan kepada kemudahan LNG terapung berhampiran pantai di Sipitang, Sabah bagi tempoh konsesi selama 20 tahun.

“Sementara menunggu loji janakuasa itu memulakan operasi, KAB akan memperakui hasil daripada peranannya sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan mulai tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis 2023 dan berikutnya,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKABPetronas Gasprojek loji janakuasaSabah
Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In