• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Beransur-Ansur Turun Ekoran Prestasi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada urus niaga Khamis sebelum mula menyusut beberapa minit kemudian, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang lemah semalaman di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), seorang peniaga.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.81 mata kepada 1,468.94 daripada 1,470.75 pada penutupan dagangan Rabu.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini dengan meningkat 0.55 mata pada 1,471.30.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran negatif menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 228 berbalas 133, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,539 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 401.41 juta unit bernilai RM154.90 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, bursa tempatan terus menyaksikan aktiviti jualan bersih daripada pelabur asing, dengan jualan bersih terkumpul lima hari sebanyak RM407.0 juta.

“Walaupun aktiviti memburu saham berharga murah dijangka muncul berikutan penurunan jualan selama dua hari, keadaan pasaran keseluruhan akan kekal berhati-hati berikutan prestasi negatif Wall Street semalaman.

“Bagi komoditi, harga minyak mentah kekal melebihi US$83 setong dan harga minyak sawit mentah berlegar menghampiri RM4,000 satu tan. Justeru, kami masih menjangkakan sektor minyak dan gas akan kekal teguh di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah,” ia berkata.

Dalam pada itu, firma pembrokeran itu berkata situasi tidak menentu mungkin berterusan dalam sektor teknologi apabila Nasdaq susut di bawah paras kritikal 12,000 semalaman.

Ia menambah pelabur dijangka memberi tumpuan kepada sektor defensif seperti amanah pelaburan hartanah dan utiliti untuk mengekang ketidaktentuan dalam jangka terdekat.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa  — Maybank naik satu sen kepada RM8.65, CIMB susut empat sen menjadi RM5.36 dan TNB turun satu sen kepada RM9.50, manakala kedua-dua Public Bank dan Petronas Chemicals tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga RM4.12 dan RM8.25 .

Bagi saham aktif, MY E.G. Services menambah 1.5 sen kepada 73 sen dan MLABS Systems naik setengah sen kepada 2.5 sen, manakala ATA IMS turun 1.5 sen menjadi 34 sen, Iris Corporation susut satu sen kepada 13.5 sen dan Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 16.09 mata kepada 10,723.50, Indeks FBMT 100 lemah 15.62 mata kepada 10,390.58 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 10.64 mata kepada 11,088.05.

Indeks FBM 70 pula lemah 32.55 mata kepada 13,656.58 manakala FBM ACE turun 7.42 mata menjadi 5,782.42.  

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.10 mata kepada 189.88, Indeks Tenaga mengecil 5.90 mata menjadi 887.92 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 24.33 mata kepada 15,930.23.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan memperoleh 3.14 mata kepada 6,903.46.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiespembukaan
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In