• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Catat Rugi Bersih RM31.91 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd mencatat kerugian bersih RM31.91 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis 2022 berbanding keuntungan bersih RM259.06 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan harga jualan purata (ASP) menyederhana dengan ketara serta jumlah jualan lebih rendah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya hasil merosot 54.1 peratus kepada RM461.83 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini berikutan persaingan yang tinggi di pasaran global.

Hartalega dalam kenyataan berasingan berkata, persaingan sektor sarung tangan semakin sengit dengan permintaan jualan lebih rendah berikutan inventori sarung tangan berlebihan dan pelarasan stok dalam rantaian bekalan yang telah menjejaskan prestasi kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kuan Mun Leong berkata keadaan pasaran kekal mencabar kerana sektor sarung tangan terus terjejas disebabkan ASP semasa yang lebih rendah akibat bekalan global berlebihan.

“Keadaan ini bertambah buruk akibat kos tenaga lebih tinggi bagi gas asli dan tarif elektrik serta pelaksanaan dasar upah minimum baharu, yang menghimpit margin operasi syarikat pengeluar sarung tangan,” katanya.

Beliau berkata berikutan persekitaran yang mencabar ini, syarikat akan terus menyelaraskan rancangan pengembangan Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) 1.5 mengikut keadaan bekalan dan permintaan semasa.

“Di samping itu, kumpulan akan mengambil pendekatan jangka panjang dan kami yakin dengan prospek sektor ini dalam jangka panjang.

“Apabila dinamik pasaran mencapai keseimbangan, pertumbuhan permintaan global selepas pandemik dijangka meningkat, selari dengan peningkatan penggunaan sarung tangan terutamanya di pasaran sedang membangun yang mempunyai tahap penggunaan sarung tangan yang rendah serta kesedaran lebih tinggi mengenai kebersihan dan kesihatan dalam kalangan pengamal penjagaan kesihatan,” katanya.

— BERNAMA

TAG: Hartalega, keputusan, suku ketiga, sarung tangan, ASP, Kuan Mun Leong

Tags: HartalegaKeputusansarung tangansuku ketiga
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In