• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Berhasrat Untuk Beroperasi Di LTASAAS Selepas Pengumuman Pelan Penjanaan Semula

in Catalyst
A A
AiarAsia Group Catat Kerugian Bersih Hampir RM1 Billion Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SEPANG, 8 Feb (Bernama) — Syarikat induk AirAsia, Capital A Bhd telah menyatakan hasrat untuk beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang pada masa terdekat dengan jenis penumpang baharu disasarkan di lapangan terbang itu seiring dengan cadangan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tony Fernandes berkata AirAsia Aviation Group telah memohon bilangan penerbangan tertentu untuk beroperasu di LTSAAS dan penumpang sasaran adalah berbeza dengan mengambil kira pertumbuhan kumpulan itu.

“100 peratus dijamin bahawa kami akan berada di sana dan saya fikir ia adalah satu langkah yang berpandangan jauh,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan pembantu secara maya “Ask Bo” di sini, hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Beliau berkata inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk mengubah LTSAAS menjadi hab penerbangan serantau melalui SARP dicadangkan adalah keputusan yang sangat berani dan tepat untuk industri penerbangan di Malaysia.

“LTSAAS, lapangan terbang yang ada nilai sentimental kepada saya dan saya selalu berkata ia adalah satu pembaziran aset…bandar besar seperti Kuala Lumpur sepatutnya mempunyai lapangan terbang seperti ini,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa SARP yang dicadangkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd telah diluluskan oleh Kabinet pada 2 Februari selepas pertimbangan teliti.

Antara perubahan utama yang dicadangkan dalam pelan itu ialah pengenalan semula penerbangan penumpang berjadual dan penerbangan kargo dengan menggunakan jet sehingga saiz A320/B737 atau pesawat setara di LTSAAS atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang.

LTSAAS akan diubah menjadi hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum untuk menampung sebanyak lapan juta penumpang secara tahunan selain menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Tony berkata beliau juga berharap China menghapuskan keperluan untuk ujian RT-PCR COVID-19 tidak lama lagi selepas pembukaan semula pintu sempadan baru-baru ini, ia akan membantu kumpulan itu kerana permintaan melonjak sejak tiga hari lepas.

“Faktor pendorong lain dari China ialah logistik termasuk kargo, e-dagang dan kurier kos rendah,” katanya.

Berdasarkan laporan berita antarabangsa, AirAsia merancang untuk memajak 15 pesawat tambahan untuk memenuhi permintaan perjalanan dari China selepas ia membuka semula sempadannya.

— BERNAMA

Tags: AirAsiaCapital ALTSAASTony Fernandes
Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In