• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Melantun Semula, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia meningkat sedikit dalam sesi awal urus niaga pagi ini apabila kegiatan memburu saham murah muncul susulan penjualan semalam, kata seorang peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah dua mata menjadi 1,478.38 berbanding 1,476.38 pada penutupan Selasa.

Indeks utama itu memulakan dagangan pada paras 1,476.39.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 274 berbalas 137, manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,487 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 409.28 juta unit bernilai RM167.57 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan aktiviti memburu saham murah akan muncul hari ini memandangkan prestasi Wall Street yang memberangsangkan semalaman selepas pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat Jerome Powell berkata inflasi mungkin berkurangan.

“Kita mungkin menyaksikan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah selepas penurunan mendadak semalam, terutamanya dalam sektor teknologi, sejajar dengan lantunan semula di Wall Street,” katanya.

Mengenai komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan harga minyak mentah Brent telah melonjak melebihi paras US$83 setong berikutan pemulihan permintaan daripada aktiviti pembukaan semula China, manakala minyak sawit mentah melantun  melebihi RM3,900 satu tan apabila sentimen menjadi lebih positif.

Justeru, ia menjangkakan sektor minyak dan gas akan menarik pelabur di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, sambil menambah musim pelaporan yang akan datang dan pembentangan semula Belanjawan 2023 turut menjadi perhatian.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa  – Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing naik satu sen kepada RM8.64, RM4.17 dan RM9.40, manakala Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM8.18 dan CIMB turun tiga sen kepada RM5.55.

Bagi saham aktif, MY E.G. Services meningkat tiga sen kepada 73 sen, Ta Win naik setengah sen kepada 8.5 sen dan Leform menambah satu sen menjadi 24.5 sen, manakala Aemulus Holdings turun enam sen kepada 39.5 sen dan Iris Corporation tidak berubah pada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 22.71 mata kepada 10,796.81, Indeks FBMT 100 meningkat 19.23 mata kepada 10,457.19 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 30.01 mata kepada 11,127.51.

Indeks FBM 70 peroleh 47.09 mata kepada 13,743.54 dan Indeks FBM ACE lebih tinggi 32.58 mata menjadi 5,869.19.  

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.49 mata kepada 190.72, Indeks Tenaga menambah 15.20 mata kepada 913.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 18.53 mata menjadi 16,153.86, dan Indeks Perladangan meraih 4.42 mata kepada 6,930.37.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiespembukaan
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In