• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Daripada Potensi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang lemah semalaman ketika pelabur masih lagi mencerna data ekonomi yang dikeluarkan minggu lepas.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.92 mata kepada 1,484.55 daripada 1,490.47 pada penutup urus niaga Jumaat.

Indeks utama itu memulakan dagangan 2.65 mata lebih rendah pada 1,487.82.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 263 berbalas 131, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,497 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 338.09 juta unit bernilai RM155.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota, sentimen global kekal tidak menentu ekoran kemerosotan Nasdaq di Wall Street yang didorong oleh angka pekerjaan Januari yang kukuh.

“Angka-angka pekerjaan telah mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan nada yang lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat  (AS).

“Memandangkan kemerosotan Wall Street berserta hasil bon yang meningkat, sektor teknologi mungkin menyaksikan penurunan semula selanjutnya,” katanya.

Di pasaran tempatan, pelabur mungkin menumpukan pada musim pendapatan yang akan datang dan pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Feb, kata firma broker itu.

Bagi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$81 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melepasi paras RM3,850 satu tan, tambahnya.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Maybank susut enam sen kepada RM8.65, Petronas Chemicals turun tujuh sen menjadi RM8.24, CIMB lemah empat sen kepada RM5.62 dan TNB turun 12 sen kepada RM9.45, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.21.

Bagi saham aktif pula, MY E.G. Services menguncup 30 sen menjadi 65.5 sen, Iris Corporation menokok 5.5 sen kepada 18 sen, kedua-dua Zen Tech International dan Hong Seng Consolidated naik setengah sen setiap satu kepada tujuh sen dan 19.5 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 63.63 mata kepada 10,822.72, Indeks FBMT 100 susut 63.42 mata kepada 10,484.47, Indeks FBM Emas Syariah lemah 77.63 mata kepada 11,134.64 dan Indeks FBM 70 lebih rendah 175.69 points to 13,709.30. 

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE mengukuh 55.66 mata kepada 5,898.89.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.15 mata kepada 190.60, Indeks Tenaga turun 6.17 mata menjadi 899.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 70.08 mata kepada 16,244.74, tetapi Indeks Perladangan meningkat 14.95 mata kepada 6,942.19.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiespembukaan
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In