• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Prestasi Wall Street Pacu Peningkatan Bursa Malaysia Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada pagi ini, seiring dengan sentimen pasaran yang dipacu oleh peningkatan semalaman Wall Street yang dijangka mencetuskan minat belian terhadap saham-saham tempatan.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.81 mata kepada 1,492.61 daripada 1,489.80 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.76 mata kepada 1,490.56.    

Sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 137 manakala 287 kaunter lain tidak berubah, 1,549 tidak diniagakan dan 20 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 417.31 juta unit bernilai RM107.31 juta.

Malacca Securities berkata sentimen global dijangka lebih positif dan akan menyaksikan pasaran tempatan turut dilanda minat belian berikutan perkembangan di Wall Street.

“Pada masa sama, kami percaya pelabur turut menumpukan pelbagai perkembangan lain seperti musim pelaporan akan datang dan pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

“Bagi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$82 setong manakala harga minyak sawit mentah di bawah paras RM3,800 dan emas kekal melebihi US$1,900,” katanya.

Dari segi sektor, ia menjangkakan sektor teknologi akan menjadi tumpuan dan diniagakan tinggi pada sesi lain dengan mengambil petunjuk daripada indeks Nasdaq yang melonjak melebihi 12,000.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Press Metal naik 10 sen kepada RM5.40, MR DIY dan IHH kedua-duanya masing-masing untung lima sen kepada RM1.90 dan RM6.0, Public Bank meraih satu sen kepada RM4.22 manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.71. 

Bagi saham aktif, Borneo Oil tidak berubah pada dua sen, Hong Seng Consolidated dan Ta Win masing-masing untung setengah sen kepada 22 sen dan 7.5 sen manakala JCY International dan Nylex naik 1.5 sen kepada 22 sen dan 64.5 sen. 

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 14.64 mata kepada 10,892.64, Indeks FBMT 100 menokok 16.34 mata kepada 10,555.43 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 28.40 mata kepada 11,213.42.

Indeks FBM 70 meningkat 6.17 mata kepada 13,862.21 dan Indeks FBM ACE meraih 37.45 mata kepada 5,848.77.  

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.59 mata kepada 190.86, Indeks Perladangan menokok 21.0 mata kepada 6,924.67 dan Indeks Tenaga naik 0.72 mata kepada 908.29 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.39 mata kepada 16,336.24.  

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessesi awal
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In