• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Berikutan Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada jualan pada Selasa untuk dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada  1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 3.32 mata kepada 1,488.82.    

Suasana pasaran turut positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 129 manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,478 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 265.63 juta unit bernilai RM157.99 juta.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran merosot di bawah 1,490 pada Selasa berikutan ketidaktentuan pasaran yang dibawa oleh mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan kembali, sekali gus menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,490-1,500 hari ini dan sektor teknologi akan menyaksikan pemulihan yang kukuh.

“Sementara itu, harga minyak mentah rendah berikutan data inventori yang tinggi susulan minyak mentah Brent merosot kepada US$83 setong,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Di peringkat global, Thong berkata Wall Street meningkat semula berikutan kenaikan 25 mata asas Fed, apabila Dow Jones Index Average menambah tujuh mata dan Nasdaq meningkat 232 mata dengan hasil untuk tempoh 10 tahun AS merosot di bawah 3.42 peratus. 

“Di peringkat serantau, ekuiti Hong Kong turut meningkat semula, didorong oleh saham teknologi berikutan peniaga mempertaruhkan ke atas kenaikan kadar yang kurang agresif oleh Fed, mendorong Indeks Hang Seng naik 230 mata untuk ditutup melebihi paras 22,000,” katanya.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Press Metal naik lapan sen kepada RM5.26, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.79, Sime Darby Plantation menambah tujuh sen kepada RM4.40, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM8.41 dan IHH naik empat sen kepada RM5.96.

Bagi saham aktif, CTOS Digital merosot empat sen kepada RM1.50, Hong Seng dan Pasukhas, masing-masing menambah setengah sen kepada 20.5 sen dan 2.5 sen dan Vestland naik satu sen kepada 40 sen manakala Minda Global tidak berubah pada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 46.03 mata kepada 10,862.30, Indeks FBMT 100 menambah 42.09 mata kepada 10,527.55 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 65.18 mata kepada 11,141.38.

Indeks FBM 70 meningkat 55.91 mata kepada 13,741.91 dan Indeks FBM ACE menambah 47.20 mata kepada 5,758.66.  

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.08 mata kepada 191.01, Indeks Perladangan meningkat 51.82 mata kepada 6,881.20 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 19.211 mata kepada 16,432.65 manakala Indeks Tenaga merosot 1.54 mata kepada 885.71.  

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, buka, FBM KLCI, Rakuten, Thong Pak Leng

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In