• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Acibadem Anak Syarikat IHH Ambil Alih Izmir Kent Hospital

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih IHH Healthcare Melonjak Kepada RM612.20 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Acibadem Healthcare Group, anak syarikat IHH Healthcare, mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Kent Health Group, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di Izmir, Turkiye.

Kent yang diasaskan pada 2004, mengendalikan hospital swasta terbesar di Izmir – Kent Hospital  dengan 340 katil dan pusat kanser – serta dua pusat perubatan di bandar tersebut. 

Pengasas dan pengerusi Acibadem Mehmet Ali Aydınlar berkata kumpulan itu berbangga dapat membawakan jenama Acibadem ke Izmir, yang merupakan bandar ketiga terbesar di Turkiye.

“Janji niaga ini selari dengan strategi pertumbuhan kami dan mencapai matlamat kami yang begitu lama dinantikan untuk berkhidmat dengan penduduk Izmir.

“Kami berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada masyarakat dengan menambah Kent Health Group, penyedia penjagaan kesihatan swasta utama di Izmir ke dalam portfolio kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Kent dan rakan di MidEuropa, Matthew Strassberg berkata pengambilalihan oleh Acibadem itu mengukuhkan lagi nilai strategik yang dijana oleh Kent menerusi pelaburan ini dan memastikan kesinambungan fokus terhadap kecemerlangan perubatan dan perkhidmatan bagi manfaat pesakit dan pemegang kepentingan lain. 

Izmir Kent Hospital akan menjadi hospital ke-19 Acibadem di Turkiye dan yang ke-26 di seluruh dunia.

Dengan pengambilalihan itu, bilangan pusat perubatan dalam rangkaian Acibadem akan meningkat kepada 16.

Janji niaga itu dijangka dimuktamadkan pada suku pertama 2023 setelah mendapat kelulusan kawal selia yang perlu. 

— BERNAMA

Tags: AcibademhospitalIHHIzmirpengambilalihanpenjagaan kesihatanTurkiye
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In