• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Sasar 39 IPO Bernilai RM10 Bilion Pada 2023

in Saham
A A
Bursa Malaysia Jangka IPO Melebihi Rekod 2022

Gambar: Bursa Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd menyasarkan penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) 39 syarikat dengan meraih dana RM10 bilion daripada IPO itu pada 2023 berbanding 35 penyenaraian dengan permodalan pasaran RM11.5 bilion tahun lepas.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata ia membolehkan syarikat kecil dan sederhana yang sedang berkembang memasuki pasaran terutamanya Pasaran ACE dan turut melaksanakan IPO untuk mengumpul modal bagi pengembangan perniagaan.

“Kami telah melihat penyenaraian enam syarikat dalam Pasaran ACE dan satu di Pasaran Utama pada bulan pertama 2023. Memandangkan tahap lebihan langganan, ini telah menarik minat daripada perusahaan kecil dan sederhana lain yang merupakan pasaran sasaran untuk Pasaran ACE,” katanya semasa taklimat media oleh Bursa Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022, di sini hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Abdul Wahid berkata syarikat yang disasarkan termasuk dalam industri elektrik dan elektronik serta penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik.

“Saya berpendapat dengan 39 syarikat yang kami jangkakan terdapat kemungkinan beberapa daripada mereka mungkin meraih dana rendah daripada IPO yang lebih rendah tetapi modal yang mereka kumpulkan akan membolehkan mereka berkembang,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai purata nilai dagangan harian Bursa Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift berkata Bursa Malaysia menjangkakan ia berjumlah RM2.3 bilion hingga RM2.4 bilion pada 2023 dengan jangkaan ringgit yang bertambah baik, lebih banyak pelaburan serta sokongan yang datang daripada pelabur domestik.

Beliau berkata Bursa Malaysia menyasarkan RM295 juta hingga RM326 juta keuntungan sebelum cukai bagi tahun ini dan melancarkan dagangan pertama Bursa Carbon Exchange melalui lelongan yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac.

Mengenai prospek 2023 pula, Abdul Wahid berkata pertumbuhan Bursa Malaysia pada 2023 dijangka menjadi sederhana sejajar dengan ekonomi global yang lebih perlahan.

“Turun naik pasaran jangka pendek dijangka berterusan dalam beberapa bulan akan datang. Bagaimanapun, pemangkin domestik dan positif boleh meningkatkan sentimen pasaran, berpotensi memberikan sokongan asas selanjutnya kepada pasaran domestik dalam jangka sederhana,” katanya.

Abdul Wahid berkata Bursa Malaysia akan terus menambah baik tawaran semasa serta mempergiatkan keupayaan dalam menerokai produk dan perkhidmatan baharu untuk meningkatkan kerancakan pasaran.

“Bursa Malaysia akan memberi tumpuan kepada Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam yang sedang berjalan untuk membantu mewujudkan pasaran yang lebih menarik dan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kami juga akan memanfaatkan teknologi dan mengusahakan inovasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bersama kami dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka,” katanya.

Bursa Malaysia kekal komited untuk terus membangunkan pasaran untuk semua pihak berkepentingan dan menjadikannya destinasi pelaburan dan penyenaraian yang menarik selaras dengan misi Bursa Malaysia iaitu ‘Creating Opportunities, Growing Value’, katanya.

— BERNAMA

Tags: Abdul Wahid OmarBursa MalaysiaIPO
Share350ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In