• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah bagi hari dagangan terakhir Januari pada Selasa apabila sentimen berubah berhati-hati susulan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) selama dua hari bermula hari ini dengan ramai menjangkakan satu lagi kenaikan kadar faedah, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 8.46 mata kepada 1,490.93  daripada 1,499.39 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama ini dibuka 5.60 mata lebih rendah kepada 1,493.79.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 241 berbanding 90, manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,599 kaunter tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 304.22 juta unit bernilai RM118.91 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata bursa tempatan mengambil petunjuk daripada Wall Street dalam tempoh semalaman, dengan Purata Perindustrian Dow Jones merosot 261 mata manakala Nasdaq susut 228 mata apabila hasil berjangka 10 tahun Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada hampir 3.54 peratus.

“Di peringkat rantau, di Hong Kong, pasaran ekuiti mengambil tempoh bertenang dengan Indeks Hang Seng merosot 619 mata disebabkan beberapa aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan kukuh setakat tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagaimanapun, beliau menganggap keadaan pasaran kekal kukuh memandangkan Goldman Sachs telah menaik taraf lagi China.

“Bagaimanapun, kita boleh katakan bahawa dagangan di bursa tempatan kurang memberangsangkan bagi kalangan saham mewah kerana indeks penanda aras tersekat dalam julat lima mata sejak dua minggu lepas.

“Oleh itu, kami berpandangan corak dagangan dijangka kekal sama hari ini dengan indeks cenderung ke arah aliran 1,495 hingga 1,505,” katanya.

Mengulas mengenai Belanjawan 2023 yang dijadualkan dibentangkan semula pada 24 Feb, beliau berkata minat belian mungkin kembali kepada saham pembinaan memandangkan banyak projek dilihat akan dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi negara.

Antara kaunter wajaran tinggi, kaunter perbankan mendahului penurunan dengan Maybank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM8.75 dan RM5.75, Public Bank tidak berubah pada RM4.26 manakala Petronas Chemicals susut lima sen pada RM8.40.

Bagi saham aktif, Vestland yang baru disenaraikan di Pasaran ACE menambah 7.5 sen kepada 40.5 sen, Hong Seng Consolidated turun satu sen kepada 19.5 sen manakala warannya kurang setengah sen kepada 1.5 sen, Barakah Offshore menokok satu sen kepada 6.5 sen dan Borneo Oil menambah setengah sen pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 55.57 mata kepada 10,854.06; Indeks FBMT 100 kurang 54.61 mata kepada 10,522.85 manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 64.20 mata kepada 11,125.43.

Indeks FBM 70 menguncup 52.97 mata kepada 13,727.13 manakala Indeks FBM ACE susut 35.35 mata kepada 5,723.16.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.08 mata kepada 190.22; Indeks Tenaga kurang 6.51 mata kepada 886.78 dan Indeks Perladangan menguncup 40.43 mata kepada 6,809.63 serta Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 77.27 mata kepada 16,460.78.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakutenThong Pak Leng
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In