• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Penerbangan Capital A Bawa 24.2 Juta Penumpang, Melonjak 404 Peratus

in Catalyst
A A
Permintaan Kukuh Bantu AirAsia Tangani Impak Akibat Krisis Rusia-Ukraine
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022), melonjak 404 peratus tahun ke tahun dan mengatasi peningkatan kapasiti 345 peratus bagi tahun ke tahun.

Syarikat penerbangan tambang rendah dalam kenyataannya berkata peningkatan jumlah penumpang itu membawa kepada faktor beban muatan sebanyak 84 peratus, satu mata peratusan daripada mencapai faktor muatan pra-COVID-19.

“Jumlah jualan tempat duduk bagi penerbangan antarabangsa terus meningkat sebanyak 3,536 peratus tahun ke tahun apabila sempadan antarabangsa dibuka semula.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini turut didorong oleh penarikan balik sekatan perjalanan serantau manakala jualan tempat duduk penerbangan domestik meningkat sebanyak 290 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Menurut Capital A, jumlah tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer dan hasil bagi penumpang setiap kilometer masing-masing meningkat sebanyak 410 peratus dan 488 peratus sejajar dengan kenaikan kapasiti dan bilangan penumpang yang dicatatkan.

Mengulas tempoh suku keempat TK2022, syarikat itu berkata segmen penerbangan kekal di landasan pemulihan yang kukuh dalam peralihan pasca-pandemik dengan dorongan tambahan daripada penyambungan semula aktiviti perjalanan antarabangsa.

“Berpandukan prestasi pra-COVID-19, syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A mencatat pemulihan jumlah penumpang yang jauh lebih pantas daripada kapasiti pada suku keempat TK2022.

“Kumpulan penerbangan itu membawa lebih daripada 7.8 juta penumpang dalam suku keempat TK2022, meningkat 187 peratus tahun ke tahun, disumbangkan oleh suntikan 9.1 juta kapasiti tempat duduk pada suku tersebut yang membawa kepada faktor muatan 86 peratus suku ke suku yang konsisten,” katanya.

Dari segi prestasi penerbangan individu, Capital A berkata faktor muatan AirAsia Malaysia bagi suku keempat TK2022 meningkat satu mata peratusan kepada 87 peratus daripada suku sebelumnya manakala AirAsia Indonesia mencatat faktor muatan lebih rendah sebanyak 78 peratus bagi tempoh sama iaitu susut tiga mata peratusan tahun ke tahun dan empat mata peratusan suku ke suku.

“AirAsia Philippines pula mencatatkan faktor muatan lebih baik sebanyak 87 peratus, naik dua mata peratusan tahun ke tahun dan dua mata peratusan suku ke suku.

“Penerbangan sekutu AirAsia Thailand merekodkan faktor beban muatan suku tahunan tertinggi iaitu 90 peratus, menokok 14 peratus tahun ke tahun dan tiga mata peratus suku ke suku,” katanya.

Merujuk airasia Super App, syarikat itu berkata aplikasi tersebut mencatat sebanyak 12 juta pengguna aktif bulanan setakat Disember 2022 — peningkatan ketara 41 peratus tahun ke tahun.

“Bagi suku keempat TK2022, jumlah transaksi mencecah 1.6 juta yang menjadikan keseluruhan urus niaga tahun ini sebanyak 31 juta iaitu melonjak 386 peratus tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya oleh jadual lanjutan penerbangan AirAsia,” katanya.

Selain itu, BigPay mengakhiri tahun tersebut dengan 1.3 juta pengguna kad yang merupakan pertumbuhan sihat sebanyak 27 peratus tahun ke tahun dan mengekalkan momentum pertumbuhan suku pada empat peratus bagi suku ke suku.

— BERNAMA

Tags: AirAsiaCapital Apenerbangan tambang rendahprestasi
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In