• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Keadaan Dagangan Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan diniagakan dalam sentimen berhati-hati berikutan prestasi semalaman di Wall Street yang tidak memberangsangkan.

Peniaga berkata, di Amerika Syarikat (AS), saham-saham ditutup tidak berubah semalaman disebabkan pelabur menilai kelompok terkini keputusan korporat serta menjelang pengeluaran data ekonomi yang kritikal.

Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 2.66 mata kepada 1,496.79 berbanding 1,499.45 sewaktu ditutup pada Rabu.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Saham pandu pasaran dibuka rendah 2.04 mata kepada 1,497.41.    

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 170 berbanding 127, manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,689 tidak diniagakan dan 37 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 160.20 juta unit bernilai RM69.25 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI tidak berjaya membina momentum positif daripada langkah sebelum Tahun Baharu Cina berikutan indeks utama merosot disebabkan aktiviti pengambilan untung yang pantas.

“Bagaimanapun, kami bergantung kepada tema pemulihan dari China yang akan merangsang FBM KLCI untuk melepasi paras 1,500 manakala saham berharga rendah mungkin terus memanfaatkan persekitaran dagangan yang lebih memberangsangkan.

“Di peringkat global, tumpuan akan beralih kepada bacaan awal data keluaran dalam negara kasar suku keempat 2022 AS pada malam ini,” katanya.

Dari segi komoditi, menurutnya minyak mentah Brent meningkat sedikit untuk kekal melepasi US$86 setong, namun harga minyak sawit mentah merosot di bawah RM3,800 satu tan berikutan aktiviti pengambilan untung.

Sehubungan itu, Malacca Securities berkata sektor tenaga dijangka kekal fokus di sebalik harga minyak kukuh dan dalam situasi pemulihan di China, manakala pelabur menunggu mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeskport Petroleum (OPEC) pada 1 Feb 2023 untuk hala tuju pasaran.

“Sementara itu, jumlah keseluruhan industri automotif yang mencatat paras tertinggi pada 2022 mungkin meningkatkan saham-saham automotif berkaitan. Sektor perkhidmatan kewangan pula mungkin mengalami pengukuhan berikutan langkah Bank Negara Malaysia menghentikan seketika peningkatan kadar dasar semalaman,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemical susut tiga sen kepada RM8.47, CIMB menguncup satu sen kepada RM5.77, dan Tenaga Nasional merosot lima sen kepada RM9.47, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.81 dan RM4.29.

Bagi saham aktif, Niche Capital menambah dua sen kepada 16.5 sen, Cypark meraih 3.5 sen kepada 87.5 sen, Dataprep meningkat satu sen kepada 27.5 sen, JHM Consolidation menokok 5.5 sen kepada 94.5 sen dan Leform meningkat 1.5 sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.55 mata kepada 10,857.25, Indeks FBMT 100 susut 14.73 mata kepada 10,534.31 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 16.51 mata kepada 11,095.45.

Indeks FBM 70 turun 1.75 mata kepada 13,617.12 manakala Indeks FBM ACE meningkat 8.45 mata kepada 5,635.55.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 6.61 mata kepada 16,535.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.18 mata kepada189.67, Indeks Tenaga susut 3.37 mata kepada 867.06 dan Indeks Perladangan meningkat 10.28 mata kepada 6,829.24.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In