KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah RM3.49 bilion menerusi penyenaraian primer dan sekunder sepanjang tahun lepas, peningkatan sebanyak 27 peratus daripada RM2.75 bilion pada 2021.
Dalam kenyataannya hari ini, bursa berkata jumlah itu termasuk 35 penyenaraian baharu dan tertinggi sejak 2006 yang melibatkan pengumpulan RM11.15 bilion dan menyumbang permodalan pasaran keseluruhan sebanyak RM1.74 trilion.
Segmen runcit terus menjadi penyumbang utama iaitu 25 peratus daripada nilai purata harian.
“Pasaran runcit itu saling bekerjasama serta melengkapkan pasaran institusi dari segi penjanaan jumlah yang diperlukan oleh pasaran ekuiti Malaysia.
“Ekosistem pasaran ekuiti yang sihat sememangnya amat penting dalam memastikan kewujudan mudah tunai yang kukuh dalam edaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
Dalam pada itu, Bursa Malaysia juga telah menganugerahkan 77 pengiktirafan kepada barisan pemenang Kempen Pelabur Runcit 2022 pada satu majlis baru-baru ini.
Jumlah anugerah terbanyak dibolot oleh Malacca Securities Sdn Bhd dengan 22 anugerah termasuk empat anugerah broker utama, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mendapat 15 anugerah manakala Hong Leong Investment Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd masing-masing meraih enam anugerah.
— BERNAMA
Baca: Prestasi IPO Patuh Syariah Tahun 2022 Pada Hari Pertama Dagangan
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!