• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Saham
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi berhati-hati dalam pasaran saham serantau, kata peniaga. 

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.79 mata kepada 1,490.77 daripada 1,493.56 semalam.

Saham pandu pasaran, yang dibuka rendah 1.03 mata kepada 1,492.53, bergerak antara 1,488.95 dan 1,493.06 sepanjang sesi pagi. 

Suasana pasaran turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 399 berbanding 322 manakala 397 kaunter tidak berubah, 1,074 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.58 bilion unit bernilai RM951.62 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan dijangka terus kurang menggalakkan tanpa pemangkin baharu, “oleh itu, menjangka indeks akan diniagakan antara 1,490 dan 1,500 hari ini dengan minat tertumpu kepada perladangan dan utiliti yang mencatatkan jualan semalam”. 

“Wall Street ditutup untuk cuti Martin Luther King pada Isnin. Bagaimanapun, ekuiti Hong Kong mengekalkan trajektori meningkatnya berikutan suntikan mudah tunai bank pusat China ke dalam sistem berjumlah US$116 bilion,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, katanya aktiviti belian lewat sekali lagi membantu mendorong FBM KLCI untuk ditutup pada kadar mendatar. 

“Seperti dijangka, kami menyaksikan paras 1,500 sebagai paras psikologi yang sukar untuk dilepasi. Sementara itu, aktiviti pengambilan untung menyaksikan harga minyak mentah rendah dengan minyak mentah Brent merosot kepada US$84 setong,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot 1.0 sen kepada RM8.77 dan RM4.31, Petronas Chemicals berkurangan 6.0 sen kepada RM8.44, Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM9.41 manakala CIMB tidak berubah pada RM5.76.

Bagi saham aktif, Kumpulan Kitacon naik 10.5 sen kepada 78.5 sen, DNex meningkat 2.5 sen kepada 58.5 sen, Nationgate menambah 11 sen kepada RM1.16 manakala Sapura Energy tidak berubah pada 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 19.72 mata kepada 10,774.77, Indeks FBMT 100 berkurangan 19.89 mata kepada 10,469.46, Indeks FBM Emas Shariah susut 15.92 mata kepada 10,996.43, Indeks FBM 70 turun 26.74 mata kepada 13,436.35 dan Indeks FBM ACE berkurangan 41.86 mata kepada 5,458.12.  

Mengikut sektor, Indeks Pengangkutan dan Logistik merosot 3.75 mata kepada 920.73, Indeks Tenaga susut 2.12 mata kepada 818.77 dan Indeks Teknologi berkurangan 0.27 mata kepada 66.61. 

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.02 mata kepada 186.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 48.27 mata kepada 16,511.05. Indeks Perladangan menambah 1.10 mata kepada 6,900.43. 

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade Sdn Bhd
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In