• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

FGV Sasar Produk Makanannya Di Setiap Isi Rumah Malaysia Menjelang 2030

in Saham
A A
FGV Sasar Produk Makanannya Di Setiap Isi Rumah Malaysia Menjelang 2030
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PASIR GUDANG, 13 Jan (Bernama) — FGV Holdings Bhd, salah satu syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di dunia, menyasarkan untuk menembusi setiap isi rumah di Malaysia dengan seberapa banyak produk makanannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor berkata, kumpulan itu menyasarkan setiap dapur isi rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada rangkaian produk makanannya yang pelbagai menjelang 2030.

Beliau berkata, ini selaras dengan aspirasinya untuk menjadi syarikat makanan Malaysia yang terkemuka dan menyokong objektif kerajaan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini adalah aspirasi 2030 kami dan untuk kami menjadi kuasa sebenar dalam pasaran, kami telah melakukan banyak kerja asas dan menggunakan firma perunding multinasional untuk menasihati kami.

“Selain itu, kami akan melakukan banyak kerja-kerja pemasaran, publisiti dan menggaji orang yang tepat untuk memastikan aspirasi ini dipenuhi,” kata Nazrul semasa lawatan media ke anak syarikat kumpulan, Delima Oil Products Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Shammim Azad Kamruzaman berkata Saji ialah jenama minyak masak bertapis nombor satu di Malaysia dengan menguasai 45.6 peratus bahagian pasaran, manakala Seri Pelangi ialah jenama marjerin nombor satu di Malaysia dengan 42.8 peratus bahagian pasaran.

Beliau berkata syarikat itu meneruskan usahanya dalam pembinaan jenama, kedudukan produk dan penembusan pasaran untuk kekal di kedudukan teratas pasaran di tengah-tengah jangkaan ketidaktentuan ekonomi tahun ini.

Delima Oil mengedarkan produk makanannya melalui enam pejabat di Semenanjung dan Malaysia Timur, manakala di peringkat antarabangsa pula ialah di lebih 30 negara di Amerika Utara, Afrika Utara, Timur Tengah, Eropah Timur, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

— BERNAMA

Tags: FGVNazrul MansorSajiShammim Azad Kamruzamansyarikat makanan
Share306ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In