• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sebelum Beransur-ansur Meningkat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Isnin tetapi beransur-ansur meningkat selepas itu, disokong minat belian sederhana yang membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selain mengambil petunjuk daripada momentum positif dalam kalangan pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.75 mata kepada 1,495.78 berbanding penutupan urus niaga Jumaat pada 1,495.03.

Pasaran dibuka 0.22 mata lebih rendah pada 1,494.81.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan  kaunter untung mengatasi kaunter rugi 249 berbanding 203, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,445 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 558.12 juta unit bernilai RM198.33 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen positif di Wall Street pada Jumaat lepas dijangka melimpah ke bursa tempatan.

“Peniaga mungkin menumpukan perhatian kepada saham bertema pembukaan semula China sambil menantikan data inflasi Malaysia serta keputusan kadar faedah Bank Negara minggu ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan bahawa harga minyak mentah Brent meningkat melebihi US$85 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) di bawah RM3,850 sekilogram dan harga emas pula melonjak melebihi US$1,900 seaun.

“Sektor teknologi diunjur menyaksikan momentum pembelian yang meningkat selepas Nasdaq berjaya stabil melebihi paras 11,000.

“Selain itu, pelabur juga boleh menambah pendedahan ke atas saham perbankan menjelang keputusan kadar faedah Malaysia. Memandangkan harga emas turut meningkat, minat dagangan boleh dilihat di kaunter emas,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 2.0 sen kepada RM8.84, CIMB turun 1.0 sen menjadi RM5.77 dan TNB lemah 6.0 sen kepada RM9.42.

Public Bank dan Petronas Chemicals pula tidak berubah, masing-masing pada RM4.33 dan RM5.99.

Bagi saham aktif, Velesto naik setengah sen kepada 18 sen sementara Serba Dinamik dan Eduspce tidak berubah, masing-masing pada 2.0 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 12.28 mata kepada 10,798.08, Indeks FBMT 100 mengukuh 11.61 mata menjadi 10,494.18, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 28.48 mata kepada 11,005.20.

Indeks FBM 70 memperoleh 42.29 mata kepada 13,422.96 dan Indeks FBM ACE meningkat 5.39 mata kepada 5,460.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.07 mata kepada 16,603.08 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 1.0 mata kepada 186.29.

Indeks Perladangan lebih tinggi 6.73 mata kepada 6,929.64 dan Indeks Tenaga memperoleh 1.23 mata kepada 824.17.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In